Semalam, skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) telah mendapat suntikan motivasi menjelang perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan SEA di Hanoi, Vietnam apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin telah memberi kata-kata semangat buat pemain kendalian Brad Maloney.
Menurut kenyataan dikeluarkan laman rasmi FAM, Hamidin menganggap aksi para pemain muda negara wajar dipuji pada kejohanan ini walaupun tidak dibarisi oleh muka-muka senior untuk memperkuat pasukan.
Kalah di padang, menang di hati…
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyambut ketibaan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney di Hanoi, semalam.
▶️ Baca penuh di https://t.co/HH3Y6Zf81A pic.twitter.com/Nz2ZCpK7f4
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 21, 2022
Hamidin juga melihat barisan pemain kendalian Maloney ini berpeluang cerah untuk mengharumkan nama negara pada masa hadapan bagi menaikkan mutu sukan bola sepak di peringkat lebih jauh.
“Mereka adalah ‘hero’ di dalam hati rakyat Malaysia. Benar, mereka kalah di atas padang tetapi skuad muda negara kita telah membuktikan sesuatu kepada semua orang dengan persembahan mereka malam tadi.
“Satu kekalahan yang agak menyakitkan kerana kita telah menyaksikan betapa komited mereka sepanjang beraksi 120 minit.
“Namun saya percaya pertemuan dengan Vitenam semalam tidak akan melemahkan kita sebaliknya akan menguatkan semangat lagi pemain-pemain kita di masa akan datang,” kata Hamidin.
Pada perlawanan sebelum itu, Malaysia telah terkandas di peringkat separuh akhir apabila tumpas di tangan Vietnam dengan keputusan 1-0 di Stadium Viet Tri.
Jaringan tunggal pada minit akhir permainan yang diledak oleh penyerang mereka iaitu Nguyen Tienh Linh telah meranapkan impian Maloney untuk membawa nama Malaysia di peringkat akhir biar pun mempamerkan aksi baik dalam menyerap asakan lawan.
Malaysia bakal membuat perhitungan akhir untuk merebut pingat gangsa sekurangnya pada hari esok menentang seteru mereka iaitu Indonesia di Stadium Nasional My Dinh pada waktu petang dalam misi untuk sekurangnya meraih satu pingat dalam kejohanan Sukan SEA kali ini.
Perlawanan Seterusnya!
PENENTUAN PINGAT GANGSA
Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Ahad, 22 Mei 2022
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇮🇩 INDONESIA
🕔 5.00 petang (Waktu Malaysia)
🏟 Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/jjQBlrjFch— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 20, 2022
Jangkaan nama pemain seperti Azri Ghani, Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal, serta Luqman Hakim Shamsudin bakal diturunkan oleh Maloney untuk berdepan lawan yang dilihat agak konsisten sepanjang Sukan SEA ini.
Untuk rekod, Malaysia hanya mencatat satu keputusan tewas sepanjang kejohanan berlangsung di tangan Vietnam selain positif menghasilkan kemenangan dan seri selebihnya sejak di peringkat kumpulan.