“Mereka Tak Boleh Dipercayai” – Neville Hentam Skuad Man United Tanpa Belas

Legenda Manchester United, Gary Neville kecewa melihat skuad The Red Devils tewas 2-0 di tangan West Ham United kemarin dengan beliau turut menghentam kesemua para pemain.

Neville menghentam para pemain atas kekalahan tersebut dengan legenda kelab itu turut menegaskan yang beliau sama sekali tidak terkejut melihat keputusan perlawanan itu.

Bekas pemain back kanan England itu mendakwa yang barisan pemain Manchester United sekarang adalah individu-individu tidak boleh dipercayai yang boleh mengecewakan peminat.

Bercakap kepada Sky Sports, Neville mendedahkan bahawa:

“Ia tak mengejutkan saya langsung. Apa yang kita lihat dari skuad ini, di bawah kendalian mana-mana pengurus sejak tujuh ke lapan tahun lalu, sebenarnya tak banyak beza.”

“Kamu tak boleh percayakan mereka, mereka akan kecewakan kamu. Mereka berikan kamu harapan menggunung dan kemudian mereka pergi dan kalah dalam perlawanan yang tak sepatutnya mereka kalah.”

Legenda Man United itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Kita dah lihat satu skuad yang tak konsisten. Sikap tak konsisten ni adalah sikap yang buruk dari segala segi dalam kehidupan.”

Gol jaringan Jarrod Bowen dan Mohammed Kudus sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 2-0 skuad kendalian David Moyes itu menewaskan Man United.

Ia merupakan kekalahan ke lapan Manchester United dalam saingan Premier League musim ini dan yang ke-13 dari semua pertandingan.

Manchester United kini berada di kedudukan kelapan dalam carta saingan Premier League dan bakal turun beraksi bertemu skuad yang sedang dalam prestasi terbaik mereka, Aston Villa di Old Trafford.

Pemain sasaran Man United berminat mahu sertai Tottenham Hotspur

Bintang VFB Stuttgart yang sedang dalam prestasi terbaiknya, Serhou Guirassy merupakan pemain sasaran Man United namun beliau sepertinya lebih berminat mahu sertai Tottenham Hotspur.

Menurut beberapa sumber dari media UK, Manchester United kini sedang menyasarkan penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri sebagai calon pengganti kepada Serhou Guirassy.

Erik ten Hag dilaporkan mahu memperkuatkan barisan serangan beliau pada jendela perpindahan Januari ini dek kerana ketumpulan jentera serangan sedia ada beliau sekarang.

Manchester United gagal untuk menjaringkan sebarang gol dari empat perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Dalam saingan Premier League sendiri, hanya Sheffield United sahaja yang menjaringkan gol lebih sedikit berbanding Manchester United sepanjang musim ini.

Manchester United berminat mahu mendapatkan khidmat Guirassy sebagai salah satu langkah mereka untuk lebih berkesan di hadapan gol.

Namun begitu, bekas bintang Rennes itu sepertinya lebih berminat mahu sertai Tottenham Hotspur berbanding Manchester United.

Guirassy sedang berada di tahap persembahan terbaiknya bersama Stuttgart sepanjang musim ini dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 19 gol dari 16 perlawanan dalam semua pertandingan.

Memandangkan beliau lebih berminat untuk menyertai Tottenham Hotspur, Man United kini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan En-Nesyri dari Sevilla.

Bintang kebangsaan Morocco itu sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dari 25 perlawanan untuk Sevilla sepanjang musim ini.

Beliau dikatakan calon terbaik yang boleh United tandatangani dalam usaha mereka mahu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan.

Jelas sekali Manchester United perlu menjaringkan gol andai mereka mahu memenangi sesebuah perlawanan itu dan hal itu tidak berlaku pada ketika ini.

Adakah dengan membawa pemain penyerang baru akan mampu membantu Man United untuk selesaikan masalah mereka sekarang? Atau ada hal lain yang mereka lebih perlu utamakan? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN