‘Sudah Buat Pemain Malaysia Koyak’ – Justin Bass Antara Dua Import Baru Diumum MU

Melaka United terus melangkah dengan gah walaupun mempunyai pelbagai masalah sewaktu pra musim ini seperti masalah tunggakan gaji yang menghimpit serta mereka turut kehilangan tonggak tengah, Manuel Ott yang menyertai Terengganu.

Terbaharu, Melaka berjaya menandatangani dua pemain import yang bakal beraksi untuk musim 2022 dengan mengumumkan Emmanuel Oti Essigba dari Ghana dan pemain kebangsaan Filipina, Justin Cagurangan Baas.

Oti yang beraksi selaku pemain sayap pernah beraksi dalam saingan J1 League pada musim lalu bersama Vegalta Sendai. Selain itu beliau juga pernah mewakili beberapa pasukan sekitar Eropah seperti Braga B dan FC Vizela di Portugal, Esbjerg fB di Denmark, serta Madura United yang berpangkalan di Indonesia.

Bagi kategori pemain import slot Asean, mereka berjaya mendapatkan pemain dari Filipina iaitu Justin Baas yang pernah menjadi isu ketika beliau mewakili Filipina di Sukan SEA 2019 sewaktu tindakan biadab pemain tersebut kepada pasukan Malaysia.

Beliau sah menyertai Melaka United setelah berhijrah dari kelab Filipina, United City FC pada musim lalu untuk pertama kali beraksi di Liga Malaysia.

Pemain kacukan Belanda-Filipina ini merupakan salah satu produk dari akademi kelab Belanda, AZ Alkmaar selain pernah beraksi di Divisyen 2 Belanda untuk mewakili kelab Jong AZ dari tahun 2018 hingga 2020.

Kelibat pemain ini juga pernah menyertai Liga Thailand untuk mewakili Ratchaburi Mitr Phol pada musim 2020 hingga 2021.

Selain itu, Melaka United juga sebelum ini sah mengikat kontrak penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun selaku penggempur utama mereka serta mengekalkan Adriano Narcizo yang beraksi di tengah serta Sonny Norde yang sebelum itu dikaitkan bersama pasukan Kedah.

Pasukan ini juga terus berbelanja besar dengan turut mendapatkan beberapa pemain tempatan iaitu Bryan See Tin Kiat yang sebelum ini beraksi buat pasukan Penang, Ahmad Haziq, Fauzan Fauzi, serta Fadhil Idris.

Mereka juga berjaya meminjam khidmat pemain dari pasukan Johor Darul Takzim untuk memperkuatkan lagi kelab iaitu Fadhli Shas serta Syazwan Andik.

Dalam pada itu, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat sempat melahirkan kegembiraan dengan pengekalan dua tonggak import musim lalu iaitu Sony Norde dan Adriano selain 10 pemain tempatan yang memutuskan untuk terus bersama pasukan berkenaan.

“Saya fikir mereka percaya dengan projek kami dan saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dengan prestasi mereka.

“Sehubungan itu, saya juga mengalu-alukan pemain import dan tempatan yang baharu. Justeru saya berharap dengan tenaga dan pengalaman mereka, mampu melonjak kedudukan pasukan ke tahap lebih baik dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya dalam petikan Berita Harian.

Melaka antara pasukan yang saban tahun bermasalah dengan isu tunggakan gaji dan sering menjadi perhatian peminat bola sepak dengan masalah kelab tersebut untuk menyelesaikan sebarang isu mengenai gaji.

Namun, mereka juga antara pasukan sangat gah dalam menandatangani pemain baharu menjelang pra musim dan kekal yakin dengan kejayaan yang akan diperoleh menjelang permulaan liga.

Tiada kepastian sama ada pasukan ini mampu melepaskan diri dari isu tunggakan gaji seperti tahun-tahun sebelumnya dan sudah menemui formula penting untuk mengelakkan hal yang sama berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN