Meraikan Genap 20 Tahun Piala AFF Dan Penglibatan Skuad Malaysia

Pada 1 September 2016 yang lalu genaplah 20 tahun usia piala serantau ini dengan nama Piala Tiger yang dianjurkan pertama kali pada 1996. Ia adalah kejohanan dwi tahunan, kecuali pada 2007 dan 2008.

Edisi pertama berlangsung di Singapura pada 1996. Kejohanan ini adalah pertandingan bola sepak serantau melibatkan negara-negara di Asia Tenggara.

Malaysia ada sejarah tersendiri untuk dikenang apabila mencipta rekod kemenangan terbesar 7-0 ke atas Filipina dalam edisi 1996 ini. Dalam perlawanan tersebut, K. Sanbangamaran turut menjaringkan hatrik.

Skuad Malaysia 1996 - sumber gambar:FourFourTwo
Skuad Malaysia 1996 – sumber gambar:FourFourTwo

Malaysia turut menang 6-0 ke atas Brunei dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan mara sehingga ke perlawanan akhir sebelum ditewaskan Thailand 1-0 menerusi jaringan Kiatisuk Senamuang.

Sumber gambar: EPSNFC
Sumber gambar:Chedinsphere

Meskipun kalah, Malaysia masih berbangga apabila Zainal Abidin Hassan dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan sulung ini.

2 tahun selepas itu, Malaysia bertandang ke Vietnam (1998) untuk kejohanan ini. Ia antara kempen buruk untuk skuad Malaysia.

Malaysia gagal menang sebarang perlawanan di peringkat kumpulan dan lebih mengejutkan gagal untuk menewaskan Laos dalam perlawanan wajib menang.

Laos adalah pasukan yang paling teruk dalam kumpulan B ini dan kedua paling teruk sepanjang temasya 1998 dengan jumlah bolos yang banyak. Paling teruk adalah Filipina pada ketika itu.

Era millenium, Malaysia berjaya 2 kali menduduki tempat ke-3 di antara edisi tahun 200-2004. Dalam tempoh itu juga Thailand sudah memenangi kejuaraan ke-3 mereka dan Singapura yang ke-2.

2007: Penjenamaan semula

Selepas 5 edisi menggunakan nama Piala Tiger, Konfederasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) telah menjenamakan semula kejohanan ini kepada Piala AFF pada tahun 2007.

Kejohanan kali ini adalah yang pertama dianjurkan bersama oleh 2 negara, Singapura & Thailand. Format kali ini diubah.

Perlawanan separuh akhir dan akhir akan dilangsungkan secara home & away di negara yang terlibat. Malaysia mara ke separuh akhir pada edisi 2007 tersebut untuk menentang Singapura dalam perlawanan akhir.

malaysia2007

2 timbal balik tersebut masing-masing berakhir dengan 1-1. Malaysia tewas dalam penentuan penalti 6-5 di Singapura. Singapura mara ke final.

2 final berlangsung dimenangi Singapura 3-2 sekaligus menghampakan Thailand. Noh Alam Shah dari Singapura menjaringkan sejumlah 10 gol sepanjang kejohanan edisi 2007 ini.

singapura1

Ia sekaligus meletakkan Singapura menyamai pencapaian Thailand dengan 3 kejuaraan di kabinet mereka.

2008: Tersungkur di separuh akhir sekali lagi

Pada 2008, kejohanan yang kemudiannya digelar Piala AFF Suzuki ini dihoskan bersama oleh Indonesia & Thailand. Cabaran Malaysia berakhir di separuh akhir selepas tewas 3-0 di tangan Thailand.

malaysia2008

Thailand tewas kepada pasukan Vietnam pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-2 secara aggregat. Indra Putra adalah penjaring terbanyak pasukan Malaysia dengan 3 gol.

2010: Kejuaraan tunggal Malaysia

Pada edisi seterusnya iaitu 2010, giliran Indonesia dan Vietnam pula menjadi hos bersama. Kejohanan ini pastilah paling diingati oleh peminat bola sepak tanah air.

Pada edisi inilah skuad kebangsaan negara kita menjuarai kejohanan ini buat pertama kali.

Kedua-dua finalis (Malaysia & Indonesia) mahu menjulang kejuaraan sulung Piala AFF dalam sejarah masing-masing.

Media dan penyokong Timnas Indonesia yakin akan menjulang kejuaraan kali ini kerana ini antara generasi terbaik yang mereka miliki.

aff1

Malaysia membawa bekalan 3 gol dari Bukit Jalil.  Walaupun membawa bekalan selesa, final kedua juga begitu sukar. Ia meninggalkan memori tersendiri.

Berlangsung di hadapan kira-kira 100,000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, pemain Malaysia diuji secara fizikal dan mental dalam perlawanan ini.

Bermula dengan bunyi bingit ketika lagu Negaraku dimainkan sehinggalah ejekan ironik setiap kali pemain-pemain Malaysia memegang bola.

Jaringan minit ke-54 Safee Sali membuatkan suasana di Gelora Bung Karno terpaku. Pemain-pemain Indonesia panik. Mereka bekerja keras untuk mencari gol dan menyelamatkan kempen mereka.

Malaysia's Mohd. Safee Mohd. Sali celebrates after scoring the team's first goal against Vietnam during their semi-final first leg match of the ASEAN Football Federation (AFF) 2010 soccer tournament in Kuala Lumpur December 15, 2010. REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA - Tags: SPORT SOCCER)
Namun, mereka hanya mampu membalas dengan 2 gol selepas itu. Ia terlalu lewat dan sukar. Kerana Malaysia membawa bekalan 3 gol berbalas kosong daripada perlawanan pertama dan ditambah 1 lagi jaringan Safee Sali.

Tamat 90 minit, Malaysia meraikan kejuaraan sulung Piala AFF selepas mencuba dalam 7 edisi sebelum itu.

malaysia2010

Safee Sali dianugerahkan Kasut Emas dengan 5 gol dalam kejohanan ini. 3 daripadanya adalah dalam 2 perlawanan final. Malaysia membawa pulang trofi serantau ini buat pertama kalinya.

2014: final dramatik Malaysia vs Thailand

Pada edisi 2014, Malaysia sekali lagi mara ke perlawanan akhir. Pada final pertama di Bangkok, Thailand menang 2-0.

Final kedua di Kuala Lumpur Malaysia bangkit menyamakan aggregat sebelum rehat dengan 2 gol dijaringkan oleh Safiq Rahim dan Indra Putra.

Pada minit ke-58, Safiq Rahim meletakkan Malaysia di hadapan secara 3-2 agregat. Namun jutaan penyokong bola sepak Malaysia tergamam apabila Thailand menjaringkan 2 gol ketika perlawanan berbaki 8 minit.

Thailand menang aggregat 4-3. Safiq Rahim memenangi kasut emas hasil jaringan 6 gol sepanjang kejohanan.

Fakta Piala AFF Suzuki

  • Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman: Noh Alam Shah (Singapura) – 17 gol
  • Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Malaysia: Safee Sali – 9 gol (masih aktif)
  • Zainal Abidin Hassan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang pernah dianugerahkan pemain terbaik kejohanan
  • Thailand dan Singapura adalah juara terbanyak kejohanan ini dengan 4 kali
  • Indonesia adalah negara yang paling banyak tewas di final dengan 4 kali. Mereka juga masih belum pernah menang mana-mana final yang mereka terlibat
  • Safee Sali (2010) & Safiq Rahim (2014) adalah 2 pemain Malaysia yang pernah memenangi anugerah kasut emas Piala AFF

Apa pula kenangan Piala AFF yang anda ingati atau pernah lalui sebagai ‘pemain ke-12’.

Dan tidak lupa, apakah harapan anda untuk kempen Piala AFF yang akan membuka tirainya pada 19 November 2016  ini?

Baca juga: AFF Suzuki 2014: 5 Sebab Mengapa Malaysia Tumbang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN