Menurut Everything Thai Football, Junior Eldstal Sah Sertai Chonburi FC

Junior Eldstal Malaysia Thai League Chonburi FC 2021

Selepas berspekulasi mengenai masa depannya sejak kembali ke rantau ASEAN, pemain kacukan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal sah menyertai Chonburi FC.

Meninggalkan bumi England buat sekian kalinya, bekas pemain skuad kebangsaan itu dikhabarkan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia musim depan dan telah dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya yang bertempat di Lembah Klang.

Begitupun, terdapat juga khabar angin, pemain berusia 29 tahun itu sedang cuba dipancing sebuah kelab di Thai League 1 selepas mengesahkan bakal meninggalkan Metropolitan Police FC yang sedang bersaing di liga divisyen ke-7 di England.

Wartawan The Star, T. Avineswaran terlebih dahulu mendedahkan yang Junior Eldstal berkemungkinan bakal menyertai Chonburi FC selepas perbincangannya bersama pasukan di Lembah Klang itu mungkin gagal mencapai kata sepakat.

Beberapa jam tadi, laman Twitter, Everything Thai Football, telah memuat naik status mengenai penyertaannya bersama juara Thai Premier League musim 2007 (kini Thai League 1) itu dan ketika ini sedang menjalani kuarantin wajib di sana.

Sebelum ini, Eldstal mengambil keputusan untuk ‘berehat panjang’ daripada arena bola sepak profesional selepas sah mendapat kecederaan slipped disc.

Pada penghujung musim 2018, bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tampil mengucapkan selamat tinggal Malaysia menerusi rakaman video dan akan kembali ke England selepas gagal pulih daripada siri kecederaannya.

Beliau telah ke Singapura untuk pemeriksaan bersama doktor pakar dan hasil MRI, doktor mengesahkan Junior Eldstal mengalami 2 slipped disc di bahagian bawah belakang dan 1 slipped disc di tulang vertebra di bahagian leher.

Laporan pakar juga menyatakan kecederaan yang dialami beliau itu adalah punca sebenar kepada deretan kecederaan lain yang dialaminya dalam tempoh dua tahun kebelakangan. Dan beliau telah beraksi selama dua tahun dengan kecederaan yang tidak dikesan terlebih dahulu itu. Ia telah memburukkan keadaannya.

Kini, selepas bersama Metropolitan Police FC untuk beberapa ketika dan tentunya sudah pulih daripada kecederaan yang mengganggunya, beliau bakal kembali dan mensasarkan untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Malaya.

KREDIT FEATURED IMAGE: Noor Asrekuzairey Salim

Baca lagi artikel lain mengenai Junior Eldstal dan Chonburi FC:

Junior Eldstal Sah Akan Bermain Di Liga Malaysia Musim 2021

VIDEO: Junior Eldstal Ucap Terima Kasih & Selamat Tinggal Malaysia

Chonburi FC Sambar Khidmat Matheus Alves

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN