‘Menurut Data Analisis, Tiada Unsur Penipuan’ – PSSI Akur Hasil Siasatan Perlawanan AFF B-19 Vietnam Dan Thailand

indonesia aff u19 fairplay

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah pun memberi maklum balas terhadap bantahan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung perlawanan kontroversi di antara Vietnam dan Thailand dalam aksi peringkat kumpulan Kejohanan AFF Bawah 19 tahun (B-19) pada 10 Julai lalu.

Pada waktu itu, PSSI membuat aduan bahawa perlawanan tersebut tiada semangat kesukanan terutama selepas 80 minit apabila kedua-dua pasukan dilihat enggan untuk menyerang kubu lawan masing-masing.

Menjawab kepada dakwaan tersebut, AFF telah mendapatkan khidmat syarikat data sukan terkenal, Sportradar AG untuk mengeluarkan analisis hasil dapatan dari statistik perlawanan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur mencatur perlawanan.

Malah pihak AFF juga telah melantik penganalisis teknikal dari pihaknya sendiri untuk membuat kajian dari laporan oleh pihak komisioner dan semua pegawai yang mengadili perlawanan.

Selain itu, badan induk bola sepak rantau Asia Tenggara itu turut mendapatkan pandangan dan nasihat dari Jawatankuasa DIsiplin dan Undang-Undang Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Daripada semua maklum balas yang diterima, AFF telah menyimpulkan bahawa tiada sebarang pelanggaran peraturan termasuklah 12 minit terakhir perlawanan yang menjadi pertikaian.

AFF turut berterima kasih kepada PSSI kerana membangkitkan isu berkenaan kerana ia menjadi pelajaran yang baik untuk pihaknya belajar untuk menghadapi pendangan dari sudut berbeza.

Menurut laporan, PSSI telah pun menerima keputusan AFF tersebut dengan hati terbuka dan tiada sebarang rayuan akan diusulkan.

“Kami berterima kasih kepada AFF kerana membalas surat rasmi dari PSSI. Selepas menerima makluman rasmi dari pihak mereka, kami [PSSI] menerima keputusan tersebut,” ujar Pengarah Pasukan Kebangsaan Indonesia, Endri Erawan.

“Sebenarnya tujuan surat tersebut adalah untuk mendapatkan kepastian sama ada perlawanan tersebut berlangsung dengan adil atau tidak. Sekarang semua sudah jelas dan tiada lagi masalah berbangkit.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN