Menuju Penghujung Liga, Hanya 5 Pasukan Sahaja Sudah Sah Tidak Tersingkir

Liga Super 2021

Saingan Liga Super 2021 kini memasuki fasa penghujung dengan jurang di beberapa bahagian liga sudah mula kelihatan.

Jurang paling ketara adalah melibatkan kelompok pendahulu apabila Johor Darul Ta’zim, Terengganu dan Kedah Darul Aman sudah mula tidak mampu dikejar terutamanya Harimau Selatan.

Selain itu, Penang dan Selangor pula tersekat antara kedua-dua kelompok dengan menjadi dua pasukan pertengahan liga.

Mereka tersepit diantara pasukan tiga terbaik liga dengan baki pasukan-pasukan yang berada di bawah carta.

Namun terdapat satu persamaan antara kelima-lima pasukan ini iaitu mereka tidak akan tersingkir dari saingan liga pada musim ini.

Hal ini kerana, kesemua lima pasukan ini telah mengutip minimum 22 mata untuk terus kekal dalam saingan Liga Super.

Untuk pengetahuan, 22 mata adalah mata minimum yang perlu dikutip oleh sesebuah pasukan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super atau Liga Premier.

Ianya dianggap sebagai mata magis atau magic point. Jika di saingan liga 38 perlawanan seperti Premier League atau La Liga, 40 mata diperlukan untuk terus kekal.

Berapakah Mata Diperlukan Pasukan Liga Super Untuk Mengelak Dari Tersingkir Ke Liga Perdana?

Ruang masih ada, malah untuk Perak

Mengikut kepada carta terkini Liga Super 2021, bermula dengan KL City ditangga keenam sehingga Perak di kedudukan kedua terakhir liga, semuanya masih mampu untuk tidak tersingkir.

KL City memerlukan satu kemenangan sahaja untuk mengutip mata magis. Manakala Sabah ditangga ketujuh perlu mengutip empat mata dari dua perlawanan untuk mengutip 22 mata.

Bagi pasukan-pasukan lain seperti PJ City, Sri Pahang dan Melaka United mereka boleh mendapatkan jumlah mata tersebut tetapi perlu bekerja keras dalam setiap perlawanan dan mengutip kemenangan.

Jumlah baki perlawanan yang tidak sekata juga membuatkan setiap daripada pasukan ini tidak mempunyai peluang yang sama untuk mencari tiga mata.

Hal ini kerana ada pasukan yang sudah beraksi 17 perlawanan dan ada segelintir yang baru saja melengkapkan 16 aksi liga.

Peluang untuk kekal ini juga masih terbuka untuk pasukan Perak yang menduduki tangga kesebelas liga.

Walaupun tidak beraksi baik, baki lima perlawanan ini jika berjaya digunakan sebaiknya mampu menolak Perak dari terjerumus ke Liga Premier.

Bagi UiTM pula, walaupun mereka menang baki perlawanan yang ada The Lions cuma mengutip 20 mata keseluruhan sahaja.

Itu tidak akan mampu untuk mengekalkan mereka di saingan tertinggi bola sepak negara.

Sengit sampai ke hujung

Melihat kepada prestasi tidak menentu pasukan di kelompok bawahan liga, penulis menjangkakan kutipan 22 mata itu belum benar-benar cukup untuk membuatkan mereka kekal di Liga Super.

Sebaliknya, mereka perlu mendapatkan 24 hingga 26 mata untuk benar-benar selamat daripada tersingkir.

Ketika saingan mula di puncak mula menampakkan siapa pemenangnya, situasi mengelak penyingkiran mula semakin hangat.

Perak dan Melaka adalah calon untuk mengikut UiTM yang hampir pasti turun ke Liga Premier musim depan.

Tetapi, jika tersilap langkah Pahang juga akan terbabit sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN