Menu Oktopus Ronaldo Undang Krisis Di Pusat Latihan Manchester United

Bintang Manchester United Cristiano Ronaldo sememangnya dikenali dengan amalan ketat dalam pemakanannya. Pemain berusia 36 tahun itu hanya akan makan menu-menu tertentu pada kekerapan yang telah ditetapkan oleh pakar.

Ronaldo juga tidak akan mengambil minuman manis atau bikarbonat, atau pun minuman beralkohol.

“Beliau selalu makan benda yang sama berulang kali: broccoli, ayam dan nasi,” dedah bekas rakan sepasukan di Juventus, Daouda Peeters beberapa bulan lalu.

“Ronaldo juga minum berliter-liter air kosong. Tiada langsung Coca-Cola. Ini kerana Cristiano mahu sentiasa menjadi pemenang di mana sahaja. ”

Peeters adalah salah seorang pemain skuad B23 Juventus dan sempat bergandingan dengan kapten Portugal itu dalam beberapa perlawanan. Ronaldo juga dianggap sebagai idola bagi pemain muda seperti Peeters.

Kembali ke Old Trafford

Sejak kembali ke Old Trafford, Ronaldo juga telah mengubah banyak perkara.

Daripada perkara di bilik persalinan kepada prestasi Manchester United di atas padang, bekas penyerang Real Madrid itu juga memastikan menu di pusat latihan Carrington turut diubah mengikut keperluan dirinya.

Laporan beberapa tabloid di UK berkata Ronaldo berjaya meyakinkan chef yang bertugas di Old Trafford mengubah menu yang dihidangkan kepada pemain.

https://twitter.com/MenachoManuel1/status/1442415298972241921

“Cristiano sangat serius dalam pengambilan makanan berprotein,” ujar satu sumber dari kem Man United.

“Makanan seperti kepingan ham, telur, dan avacados. Chef juga akan cuba memenuhi sebaik mungkin agar beliau merasakan makanan seperti masakan di rumah.

Namun demikian tidak semua pemain sukakan makanan pilihan Ronaldo dan perkara itu menimbulkan perbalahan pendapat di bilik persalinan. Ada di kalangan pemain suka akan perubahan tersebut. Ada di kalangan pemain lain lebih gemar akan menu lama.

“Ronaldo juga suka makan oktopus, tetapi ramai pemain lain tidak suka. Walaupun ia jelas makanan berkhasiat untuk Ronaldo.”

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN