Menteri Sukan Itali Bidas Serie A Teruskan Perlawanan

Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora membidas Serie A dan melabel badan penganjur bola sepak itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana keengganan menggantung pertandingan walaupun diancam wabak coronavirus.

Spedafora sebelum ini berkata ianya tidak masuk akal bola sepak diteruskan selepas 16 juta rakyat negara tersebut dikuarantin.

Tetapi perlawanan divisyen teratas di Itali itu tetap diteruskan pada hujung minggu lalu dan diadakan di stadium tanpa kehadiran penonton.

“Dunia bola sepak merasakan diri mereka imun terhadap peraturan dan juga korban [kematian],” kata Spadafora melalui satu siaran televisyen di Itali.

“Perlawanan pada hari ini [Ahad] diteruskan kerana sikap tidak bertanggungjawab Serie A dan presidennya Paolo dal Pino.

“Kami menasihatkan semua rakyat Itali untuk kekal berada di rumah.”

Pada minggu lalu kerajaan Itali berkata semua jenis sukan yang diadakan tidak boleh ada kehadiran penyokong sehingga 3 April.

Peningkatan jumlah kes menyebabkan Spadafora mengarahkan agar liga domestik di Itali digantung serta merta. Pendirian Menteri Sukan itu turut dikongsi oleh Kesatuan Pemain Profesional Itali (AIC).

Arahan tersebut bagaimanapun diingkari. Perlawanan diantara Parma dan SPAL tertangguh selama 75 minit selepas arahan dikeluarkan oleh Spadafora – dan ketika pemain sedang berbaris di terowong pemain menanti arahan lanjut daripada Serie A.

Empat lagi perlawanan tetap diteruskan tanpa kehadiran penyokong, termasuk perlawanan membabitkan Juventus menentang Inter Milan.

Lebih daripada 350 pesakit coronavirus telah meninggal dunia di Itali. Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) akan bermesyuarat pada Selasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN