Menteri Sukan Indonesia Mahu Penyokong Garuda Jaga Kelakuan, Yakin Indonesia Menang 2-0

Indonesia

Menjelang aksi pertama kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta dua hari lagi, Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Imam Nahrawi telah memberi pesanan khusus buat penyokong pasukan negaranya.

Imam, 46 yang mula memegang jawatan itu sejak Oktober 2014 mahu penyokong Garuda yang hadir ke SUGBK melayan kunjungan pemain dan penyokong Malaysia dengan baik. Ianya amat penting agar dapat mengelak dari berlaku sebarang kekocohan di antara penyokong kedua-dua pasukan.

Sebanyak 3,500 tiket perlawanan telah diserahkan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk diagihkan kepada ‘Ekor Harimau Malaya’ yang hadir ke Jakarta bagi memberikan sokongan kepada pasukan negara.

“Kami harapkan semua penyokong bertenang. Kita harus menghargai tetamu,” kata Imam Nahrawi ketika ditemubual BolaSport pada Isnin.

“Kita harus menghormati pasukan pelawat yang datang, kita sambut dan hantar mereka pulang dengan baik.”

Ahli politik dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) itu tidak melepaskan peluang untuk membuat ramalan keputusan perlawanan ini. Menurut beliau, pasukan bimbingan Simo McMenemy tersebut akan menang dengan keputusan 2-0.

“Pasukan kebangsaan Indonesia akan menang dengan jaringan 2-0. Insya Allah saya akan menonton perlawanan itu secara langsung.

“Kita harus buktikan bahawa penyokong Indonesia adalah penyokong terbaik di dunia.” ujarnya lagi.

Pihak Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) turut memberi jaminan kepada peyokong Malaysia bahawa perlawanan itu akan berlangsung dengan aman kerana bakal dikawal oleh ribuan anggota keselamatan yang menggabungkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia.

260 juta penyokong Indonesia sudah tentu tidak mahu skuad Garuda dimalukan sekali lagi di stadium keramat mereka. Pasukan Malaysia pernah mencatat sejarah di SUGBK dengan menjulang Piala AFF pada tahun 2010 dan meraih pingat emas acara bola Sukan SEA 2011 di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

Kredit foto: fajar.co.id

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN