Menteri Mahu Skuad Senior Tiru Semangat Garuda Muda, Buru Kemenangan Sulung Di SNBJ

Di Indonesia, skuad kebangsaan negara itu ditagih untuk meniru semangat pemain skuad Bawah-19 dan Bawah-23 dengan menampilkan semangat juang tinggi ketika perlawanan – sekaligus menewaskan Malaysia di kandang sendiri esok.

Indonesia akan berhadapan dengan Malaysia di perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada awal September lalu berakhir dengan kemenangan 3-2 kepada Malaysia.

Sehingga kini Indonesia belum lagi mengumpul sebarang mata selepas tewas semua empat perlawanan yang dilalui di saingan Kumpulan G.

Setelah tewas 3-2 kepada Malaysia, Indonesia terus malang apabila turut ditewaskan oleh Thailand 3-0, Emiriah Arab bersatu (UAE) 5-0 dan juga Vietnam, 3-1.

Bagi Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Zainudin Amali, skuad senior kebangsaan Indonesia itu seharusnya boleh belajar sesuatu dari skuad Bawah-19 dan Bawah-23 negara itu yang menampilkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan sehingga mampu menghasilkan keputusan terpuji.

“Semoga semangat dan motivasi yang dimiliki skuad Bawah-19 dan Bawah-23 juga ada di pasukan senior kita,” ujar beliau baru-baru ini.

“Walaupun sudah tidak ada sasaran, kejayaan dua pasukan muda ini wajar dijadikan pemangkin semangat buat mereka.

Safawi Rasid Malaysia Indonesia
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

“Saya sebagai Menpora tentu berharap mereka menang dengan jaringan minimum 1-0,” tambah beliau lagi sepertimana yang dilaporkan oleh Sports Detik.

Baru-baru ini skuad Bawah-19 Indonesia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 yang akan diadakan di Uzbekistan pada tahun hadapan.

Skuad Bawah-23 pula akan beraksi di Sukan SEA Filipina pada penghujung November ini.

Walaupun belum mempunyai hasil di kejohanan kompetitif, skuad kendalian Egy Maulana itu kini menyerlah dalam dua aksi persahabatan antarabangsa setakat ini.

Oleh kerana itu, Zainudin berharap pasukan senior kebangsaan kendalian Yeyen Tumena turut mampu mula menghasilkan keputusan yang positif, bermula dengan pertemuan menentang Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN