Menteri Kewangan Britain Pernah Membantu Selamatkan Kelab Bola Sepak

Pada 2005, sebuah kelab di Scotland telah terlibat dalam satu masalah. Kelab tersebut ialah Raith Rovers. Pemilik sebelumnya telah memberi amaran sekiranya tiada pembeli, beliau akan menutup operasi kelab.

Amaran tersebut itu juga termasuk dengan menjual tapak stadium, Stark’s Park. Pemilik tapak baru tersebut bercadang untuk membuat estet perumahan.

Dek penyebaran berita itu, sekumpulan penyokong telah menubuhkan satu konsortium bernama Reclaim The Rovers. Tanpa membuang masa, mereka mengumpul dana dari permulaan 100 ribu pound sterling.

Kabel besar

Ketika Gordon Brown melawat kawasan. Sumber: The Scotsman.

Konsortium itu dibantu juga oleh beberapa individu yang pernah terlibat dengan Raith Rovers pada sebelum ini. Malah, salah seorang ahli kumpulan Coldplay, Guy Berryman telah terlibat untuk proses penyelamatan ini.

Namun, niat mereka dipermudahkan kerana ada seorang individu berpengaruh di negara itu. Namanya Gordon Brown.

Pada ketika itu, Gordon Brown menjawat Menteri Kewangan di Britain. Beliau terang-terangan mengaku bahawa beliau ialah seorang penyokong Raith Rovers.

Memang sudah jadi kebiasaan ahli politik di Britain (terutamanya lelaki) memberitahu kelab bola sepak manakah yang disokong.

Gordon Brown menyumbangkan 5000 pound sterling untuk menjayakan cubaan pengambilalihan itu. Bukan itu sahaja, beliau sendiri membantu untuk mempermudahkan urusan berkaitan agensi kerajaan untuk proses pengambilalihan itu.

Sentimental

Gordon Brown merupakan ahli parlimen bagi kawasan Kirkcaldy Cowdenbeath di mana kelab Raith itu terletak. Beliau sendiri mempunyai nilai sentimental terhadap kelab tersebut.

Semasa kecilnya, beliau mengakui bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak atau pengurus. Tetapi, takdirnya beliau telah menjadi pemilik saham bagi sebuah kelab bola sepak.

Gordon masih mengingati perlawanan pertama dihadirinya untuk Raith Rovers pada tahun tahun 1958. Pada ketika itu beliau baru berumur 7 tahun. Dan beliau masih mengingati barisan pemain kelab itu.

Pada umur 10 tahun, beliau pernah menjual matchday programme di luar stadium. Ia menjadi satu latihan ringkas sebelum menjaga kewangan sebuah negara kuasa besar. Gordon pun pernah menjadi ball boy sekali untuk kelab kesayangannya.

Sentimental 2.0

Bekas Perdana Menteri Britain itu sebenarnya pernah menghadapi pengundi di kawasan sendiri tidak sukakan beliau. Alasannya, beliau merupakan penyokong Raith Rovers.

Memang melucukan kerana ada lagi tiga kelab yang juga berada di dalam kawasan di wakilinya. Kelab tersebut merupakan seteru pahit Raith Rovers iaitu Dunfermline, East Fife dan Cowdenbeath.

Gordon Brown isytihar kepentingan dalam Raith Rovers di Parlimen British pada 2009. Sumber: BBC.

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri, Gordon Brown telah mengisytiharkan kepada umum bahawa beliau mempunyai saham di dalam Raith Rovers. Tetapi, beliau memberitahu tujuan pemilikan saham itu bukan untuk bersifat untuk kewangan peribadi.

Kisah Gordon Brown ini membuktikan masih ada lagi ahli politik yang mempunyai sifat sayang kepada keunikan komuniti setempat iaitu bola sepak. Beliau juga menyokong keterlibatan kelab bola sepak dengan komuniti termasuklah pengurangan tiket untuk kanak-kanak.

Gordon seolah tahu, kelab bola sepak di Britain menghadapi masalah daripada sokongan penyokong muda. Walau bagaimanapun, syabas atas usaha bekas Perdana Menteri Britain ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN