Menteri Kesihatan Baharu, Khairy Jamaluddin Lebih Memahami Denyut Nadi Industri Sukan

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Presiden MFL sektor sukan

Tentu industri sukan tanah air termasuklah arena bola sepak meletakkan harapan tinggi kepada Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy Jamaluddin agar mereka kembali boleh bernafas di era pandemik kini.

Sebagaimana yang semua ketahui, beliau adalah mantan Menteri Belia dan Sukan ketika menggantikan Ahmad Shabery Cheek untuk tempoh lima tahun bermula pada Mei 2013 sehingga Mei 2018.

Malaysian Football League (MFL) dan penyokong liga tempatan terutamanya ketika ini mengharapkan Khairy Jamaluddin untuk membantu mereka bagi membolehkan penyokong kembali turun ke stadium.

Untuk rekod, beliau adalah mantan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.

Warkah Dari Komuniti Bola Sepak Sosial Untuk Perhatian Segera Menteri Belia & Sukan

Sebagai salah seorang yang memiliki peranan besar dalam proses penentuan sesuatu keputusan dalam Majlis Keselamatan Negera (MKN), pengalamannya dalam industri sukan diharap akan membantu.

Beliau sangat dekat dengan para belia dan masih disayangi oleh penggiat-penggiat sukan sehingga kini walaupun sudah bertukar portfolio, sebelum ini ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga tidak asing dalam bola sepak tanah air – merupakan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sehingga Januari yang lalu.

Kedua-dua individu ini sangat diharapkan untuk mengembalikan sektor sukan dan riadah agar kembali dapat dijalankan. Mereka memahami sektor sukan dan juga bola sepak lebih daripada individu lain.

Sebagaimana yang diketahui, semalam, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan dan turut memohon bersabar sedikit masa lagi untuk pihaknya memperoleh kebenaran MKN bagi kebenaran rentas negeri.

Jika ia berjaya, berkemungkinan besar, isu atau masalah lain pula akan cuba diselesaikannya selepas ini.

Khairy Jamaluddin terkenal dengan produktivitinya dan cergas dalam cuba menyelesaikan isu-isu berbangkit di KKM ketika ini. Diharapkan isu industri sukan juga akan berada dalam agendanya.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan telah melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Kesihatan bagi membincangkan mengenai cadangan prosedur operasi standard (SOP) Liga Malaysia 2021.

Ia termasuklah permohonan kebenaran daripada kerajaan untuk kemasukan semula penyokong yang telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebagaimana yang dilaksanakan di negara lain.

Pada Mac lalu, kerajaan membenarkan kemasukan penonton ke stadium dengan menggariskan SOP yang ketat buat penyokong selepas musim lalu kempen Liga M dijalankan tanpa kehadiran penyokong.

Namun, pada pertengahan musim ini, kelebihan itu kemudiannya telah ditarik balik oleh MKN dan kerajaan berikutan peningkatan kes COVID-19 yang melonjak secara tiba-tiba di seluruh negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN