Menteri Kanan: Liga-M Mungkin Sambung Bulan November

Liga-M Ismail Sabri

Teka-teki mengenai masa depan Liga Malaysia (Liga-M) yang kini sedang ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 akhirnya terjawab selepas Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan kenyataannya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.

Memetik laporan Bernama, Ismail menjelaskan perlawanan bola sepak mungkin dibenarkan untuk bersambung selewat-lewatnya pada November depan kerana perlunya tempoh  ‘bertenang’ di antara satu hingga empat bulan selepas PKP ditamatkan.

Tegasnya tidak kerajaan tidak akan membenarkan sebarang aktiviti dalam bentuk berkumpulan bagi memastikan usaha memutuskan rataian penularan wabak tersebut dapat dijayakan.

“Saya difahamkan Liga-M akan bersambung semula pada bulan Jun, kalau Jun ia terlalu awal. Kalau PKP ditamatkan, dalam masa satu atau dua bulan selepas itu mungkin masih terlalu awal untuk kita benarkan.

“Tetapi kalau PKP tamat pada Jun, pertandingan bersambung bulan Oktober atau November dengan SOP seperti bermain tanpa penonton dan sebagainya, mungkin kita boleh lihat dan pertimbangkan perkara tersebut,” katanya.

FAM sebelum ini telah membuat perancangan teliti untuk memastikan semua pertandingan termasuk saingan Piala Presiden dan Piala Belia dapat disambung sejurus tamat sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan meletakkan tiga kemungkinan sama ada berula pada bulan Jun, Julai atau Ogos.

Bagaimanapun Ismail menegaskan sebarang keputusan berkenaan perkara itu perlu mendapat nasihat dan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.

“Nasihat daripada KKM masih diperlukan dan selepas kita dapat mendengar cadangan daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) atau KBS (Kementerian Belia dan Sukan), kita akan teliti perkara ini,” tambah beliau.

Pengurusan liga di beberapa negara Eropah seperti England, Jerman dan Itali telah pun merancang untuk menyambung semula liga domestik masing-masing bermula pada bulan Mei dan Jun ini.

Namun demikian, Pengerusi Jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Michael D’Hooghe berkata, sukan bola sepak tidak sepatutnya dimainkan sehingga sekurang-kurangnya pada awal September untuk membendung kes baharu COVID-19.

Kredit Foto: Majlis Keselamatan Negara

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga-M:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN