Menteri Sukan Beri Lampu Hijau, Serie A Kembali Bersambung 20 Jun

Serie A

Kerajaan Itali dilaporkan telah memberi lampu hijau buat Serie A untuk kembali menyambung saingannya selepas terhenti hampir tiga bulan berikutan serangan wabak COVID-19 dan ia akan dimulakan dengan aksi lapan pasukan pada 20-21 Jun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora, beliau turut mengesahkan perlawanan akhir Coppa Italia pula akan berlangsung pada 17 Jun. Namun begitu, tarikh bagi aksi separuh akhir masih belum dapat dipastikan lagi.

Perlawanan liga pada 20-21 Jun itu akan melibatkan lapan pasukan yang masih belum beraksi untuk perlawanan ke-26 seperti Inter Milan, Atalanta, Verona, Parma, Sassuolo, Cagliari, Torino dan Sampdoria.

”Perhimpunan Lega [Liga] Serie A bertemu hari ini [semalam] di hadapan kesemua 20 kelab yang berkaitan dalam satu persidangan video.”

Embed from Getty Images

”Kelab-kelab mengalu-alukan lampu hijau yang telah diberikan untuk kembali menyambung saingan Serie A seperti yang disampaikan oleh menteri Spadafora dan sebulat suara memilih empat perlawanan ke-26 akan berlangsung pada minggu 20-21 Jun dan perlawanan ke-27 akan bermula pada Isnin, 22 Jun.”

”Selanjutnya, menyambut hasrat menteri Spadafora, aktiviti sukan musim 2019/20 akan segera disambung dengan Coppa Italia, di mana perlawanan akhir dijadualkan pada 17 Jun.”

”Tarikh dan masa untuk kesemua perlawanan akan diumumkan oleh Lega Serie A dalam beberapa hari lagi,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan liga utama Itali itu menerusi laman sesawangnya.

Dengan keputusan yang telah disepakati, ini bermakna saingan pada 20-21 Jun nanti akan menemukan Atalanta dan Sassuolo, Hellas Verona bertemu Cagliari, Inter Milan menentang Sampdoria dan Torino akan menanti kunjungan Parma.

Kredit featured image: Alessandro Sabattini/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai COVID-19 dan Serie A:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN