Sebentar tadi satu sesi pertemuan secara maya telah berlangsung dengan membabitkan para pemain skuad bawah 23 kebangsaan (B-23) bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjelang perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B pasukan negara dalam Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.
Menurut kenyataan laman rasmi Facebook FAM sebentar tadi, Hamidin telah pun memberi kata-kata semangat buat para pemain muda negara untuk kembali bangkit dengan lebih baik pada perlawanan petang ini menentang Kemboja.
Hari Perlawanan 5 | Isnin, 16 Mei 2022
Bola Sepak Lelaki • Sukan SEA 2021
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇰🇭 KEMBOJA
🕔 5.00 petang ini
🏟 Stadium Thien Truong, Vietnam
📺 Siaran langsung di @tv_okey, @sukantv_rtm dan @ASTROARENA Saluran 801 #FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/iACFxn44CR— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 16, 2022
Beliau juga menuntut agar skuad kebangsaan mampu mempamerkan fokus dan disiplin dengan lebih baik berbanding aksi lalu sekali gus mencatat kemenangan bagi mengatasi pasukan yang dikendalikan oleh Keisuke Honda.
“Mentaliti sang juara perlu sentiasa bersedia. Tidak kira siapa lawan kita nanti, kita harus tunjukkan karakter sebenar Malaysia di mana kita tidak pernah takut untuk bertemu dengan mana-mana pasukan.
“Lupakan segera momen ketika menentang Singapura, tutup dan buka buku baharu. Paling mustahak pemain-pemain harus bangkit kembali dengan menunjukkan mentaliti pemenang sejati,” kata Datuk Haji Hamidin menerusi maya kepada barisan pemain hari ini menerusi Facebook FAM.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sampaikan amanat kepada pasukan Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney menjelang aksi terakhir Kumpulan B Sukan SEA 2021 bertemu Kemboja.
▶️ Baca penuh di https://t.co/6X1iBsKKKp pic.twitter.com/RttJXy1A9z
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 16, 2022
Sebelum ini Hamidin juga antara individu yang kuat menyokong pasukan kendalian Brad Maloney setelah turut membuat pertemuan secara maya ini sebelum aksi menentang Singapura untuk memberi galakan buat para pemain dan kejurulatihan.
Petang ini, Malaysia berpeluang untuk meraih gelaran juara Kumpulan B sekiranya mereka menewaskan Kemboja dan bakal memperbaiki rekod saingan Sukan SEA lalu di Filipina apabila skuad kebangsaan hanya terkandas di peringkat kumpulan.
Pada aksi terdahulu, Malaysia terikat seri bersama Singapura setelah lawan berjaya mempamerkan aksi mantap untuk menyaingi corak permainan skuad kendalian Maloney.
Dalam edisi Sukan SEA kali ini, skuad muda kebangsaan mencatat keputusan memberansangkan dengan tidak merekodkan sebarang kekalahan selepas tiga perlawanan termasuk mengejutkan Thailand pada perlawanan pembukaan.
Luqman Hakim Shamsudin menjadi antara pemain yang bakal diberi tumpuan setelah berjaya meledak tiga gol setakat ini daripada tiga perlawanan dihadapi beliau.
Semoga skuad kebangsaan memperoleh keputusan positif pada petang ini dan terus meningkatkan motivasi para pemain menjelang aksi separuh akhir.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!