Bola Sepak Malaysia, Sebelum Bercerita Soal Taktikal, Perbaiki Dulu Mentaliti

Seorang pembaca kami, Wan Firdaus memberikan pandangan peribadi beliau tentang isu mentaliti para pemain Malaysia.

Walaupun agak kritikal, namun beliau tetap seorang yang sentiasa menyokong pasukan Malaysia dan berharap pemain-pemain Malaysia membaca nukilan ini. Jom kita baca:

Bola sepak dan mentaliti

Saya cuma ingin berkongsi pendapat peribadi saya tentang kualiti bola sepak Malaysia.

Bagi saya, bukan teknikal atau taktikal jadi isu utama. Tetapi, isu mental dan semangat melawan di dalam padang yang harus diberikan penekanan terlebih dahulu.

Isu ini bukan sahaja dalam bola sepak tapi hampir dalam kesemua sukan melibatkan atlet Malaysia. Tetapi di dalam bola sepak hal ini terlalu ketara.

Pemain-pemain kita pada generasi hari ini jauh lembik berbanding dengan pemain-pemain kita pada 20-30 tahun yang lalu.

Paling pedih untuk diterima apabila kita sebagai peminat melihat dan menonton respon tidak sepatutnya oleh pemain kita di dalam padang.

Apabila kena bolos, habis mental koyak walaupun perlawanan masih lagi ‘hidup’. Kena tekanan, ‘body-contact’ sedikit mulalah ada sesetengah pemain yang ‘panas’ sehingga nak bergaduh.

Boleh dikatakan, mentaliti pemain-pemain kita tidak dikawal sebaiknya. Ada ketika pula, pemain-pemain kita terlalu ‘menghormati’ pihak lawan.

Kajian terperinci harus dibuat

Ia kedengaran agak tidak masuk akal, tapi akunya rasa ahli sains dan pakar perubatan dalam Malaysia perlu terlibat lebih aktif dalam membantu pemain-pemain kita. Mungkin mereka boleh membuat ujian klinikal ke atas perkara ini.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Kalau nak bercerita pasal fasiliti, banyak lagi negara lain yang fasiliti mereka jauh lebih teruk daripada kita tetapi bola sepak mereka jauh lebih maju.

Sebagai contoh, negara-negara Afrika. Pernah satu ketika, satu dokumentari tentang pasukan Ivory Coast menunjukkan, pemain-pemain mereka berlatih di padang sebelah pokok. Namun mereka mara ke Piala Dunia.

Kita juga ada tenaga jurulatih yang boleh melatih pemain kita dengan baik. Kita juga ada ramai pemain yang berbakat.

Namun semua itu tidak membawa makna jika semangat juang berada di paras rendah. Walau sehebat mana pun skil individu seseorang pemain, tanpa mentaliti yang stabil, ia tidak bermakna langsung .

Kita perlu memberikan penekanan isu ini di peringkat akar umbi. Ini untuk melahirkan generasi yang lebih optimistik dan positif di dalam padang.

Kita pernah terbaca kisah bagaimana orang Jepun suatu ketika dahulu datang ke Malaysia untuk belajar bola sepak dari kita.

Mereka mengkaji tentang cara kita menganjurkan liga. Tapi kini, di mana mereka dan di mana pula kita?

Sudah tiba masanya semua pihak yang ada kepakaran bergabung tenaga melahirkan bakat-bakat bola sepak seperti Super Mokh. Lahirkan semula bakat seperti Azizol Abu Hanifah, Shebby Singh, ‘Taukeh’, dan Matlan Marjan.

Saya sekadar menyebut beberapa nama yang terlintas di fikiran saya sebagai contoh.

Rumusan

Mentaliti yang kuat adalah perkara yang penting dalam sukan bola.

Jika mentaliti itu tidak mampu dipupuk, maka terpaksalah kita mencari jalan untuk menyemai ia dalam peringkat awal pemain-pemain bola sepak kita.

Bola sepak moden bukan lagi pertarungan fizikal ataupun kelajuan semata-mata, malah ia juga melibatkan mentaliti dan kemahiran berfikir di dalam padang.

Perbaiki dahulu aspek mentalti ini, kemudian barulah senang untuk pemain-pemain kita mengadaptasi mana-mana taktikal berdasarkan kehendak jurulatih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN