Mental Koyak! Polis Tahan 4 Pegawai Kelab Kerana Bergaduh Di Bilik VIP

4 pegawai pasukan ditahan polis selepas bergaduh di bilik VIP dalam perlawanan derbi panas di antara Hajduk Split dan Dinamo Zagreb yang berakhir seri 2-2.

4 pegawai tersebut dilihat bertembung antara satu sama lain kerana tidak puas hati!

Antara yang terlibat adalah presiden Hajduk Split. Ianya selepas Dinamo Zagreb menjaringkan gol penyamaan minit ke-89. Tidak lama selepas itu, Zagreb mendahului Hajduk.

Namun begitu, Hajduk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan selepas dihadiahkan sepakan penalti. Derbi yang digelar Eternal Derby ini memang sentiasa panas. Pemain-pemain Zagreb membantah penalti tersebut.

Insiden pergaduhan di bilik VIP (coporate box) itu dirakam secara langsung ketika pegawai-pegawai Zagreb meraikan gol pendahuluan yang tidak lama itu.

Presiden Hajduk, Ivan Kos, pengarah sukan Mario Branco, bertembung dengan Pengara Dinamo, Tomislav Svetina dan pengarah kewangan Zagreb  Matej Skegro.

Pengarah Zagreb, Svetina berkata:

“Mereka marah kerana kami meraikan gol dan menganggap kami sedang memprovokasi mereka. Adakah meraikan gol itu satu provokasi? Jika ya, bermakna kami mengaku bersalah.”

“Kami meraikan gol pasukan kami, tiba-tiba si Branco dalam keadaan marah datang dan muncul di hadapan batang hidung saya.”

Selain daripada 4 pegawai ini, 10 lagi individu diminta hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pergaduhan itu.

Ini bukanlah kali pertama pegawai Hajduk dan Dinamo bergaduh di bilik koporat. 4 tahun lalu, pemilik Dinamo  Zagreb, Zvardko Mamic ditahan polis atas kesalahan yang sama dalam perlawanan derbi ini.

Harap insiden ini tidak berlakulah dalam liga di negara kita!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN