Menpora Indonesia Nasihat Penyokong Garuda Jangan ‘Lebih-Lebih’ Di SNBJ

FAM

Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Zainudin Amali menasihatkan penyokong pasukan negara itu yang bertandang ke Malaysia supaya menjaga sikap masing-masing.

Beliau berkata tidak salah untuk memberikan sokongan untuk skuad Garuda, namun ianya tidak harus dilakukan secara lebih-lebih.

Pasukan kebangsaan Indonesia akan menjadi pasukan pelawat untuk perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tiket Telah Habis Terjual

Tiket perlawanan #AsianQualifiers Malaysia lwn Indonesia, Selasa ini telah pun habis terjual…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, November 17, 2019

Perlawanan tersebut dijadualkan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua tiket perlawanan telah habis dijual semalam.

Indonesia tewas 2-3 dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta pada September lalu.

Kekalahan itu mencetuskan rusuhan di kalangan penyokong Indonesia dan pihak berkuasa negara berkenaan di perkarangan SUGBK selepas tamat perlawanan.

Malah ketika perlawanan sedang berlangsung, penyokong Malaysia turut menjadi sasaran balingan objek keras dari penyokong Indonesia.

Perlawanan turut terpaksa dihentikan sekitar lapan minit oleh pengadil pada babak kedua perlawanan, setelah sebahagian daripada penyokong Indonesia cuba menceroboh masuk ke bahagian penyokong Malaysia.

Amalan itu menyebabkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda RM190,000 oleh FIFA atas kesalahan gagal mengawal penyokong mereka.

Berikutan insiden tersebut, Menpora Indonesia itu tidak mahu perkara sama berulang, apatah lagi ketika berkunjung ke stadium lawan.

“Hendaklah kita menunjukkan sikap sebagai warga negara yang baik. Kita [akan] berada di rumah orang, maka kita harus bersopan santun dan menunjukkan semangat kesukanan,” ujar Amali seperti yang dilaporkan oleh Sport Detik.

“Tidak salah memberikan sokongan untuk menaikkan semangat pasukan kita, tetapi janganlah dilakukan secara berlebih-lebihan,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN