Kami yakin, kita semua sudah pernah mendengar pengulas bola sepak menggunakan istilah ‘between the lines’. Bermain di antara/celah-celah garisan, sedang cuba menghantar bola ke antara garisan. Itu antara ayat yang anda biasa dengar.
Pada hari ini pasukan seperti Barcelona, Napoli, Spurs, Man. City, Ajax, Borussia Dortmund, Liverpool, Hoffenheim, RB eipzig, Shaktar Donetsk dan banyak lagi pasukan yang memiliki kemampuan sangat baik dalam taktikal ini.
Musim lalu, Chelsea menggunakan pemain seperti David Luiz untuk melancarkan hantaran dari belakang ke zon yang tersebut.
Zon di antara garisan
Zon ini merujuk kepada zon di belakang garisan tengah formasi lawan. Bukannya garisan padang, harap anda tidak salah konsep, sebaliknya garis formasi.
Ia juga merujuk kepada zon di celah-celah organisasi tengah pasukan lawan dan juga pertahanan mereka. Anda boleh lihat penjelasan secara lakaran di bawah ini.
Untuk pasukan yang bertahan dengan 4-4-2, pengulas akan gelar mereka sebagai pasukan sedang bertahan dengan 2 bank berempat (2 banks of four) ia juga di sebut 2 garisan berempat ataupun 2 lines of four.
Apa kepentingan taktikal ini?
Ia lebih kepada merujuk kepada ujian asid (acid test) kepada sesuatu pasukan sama ada mereka cukup penetratif atau tidak untuk lebih bermain hantaran secara vertikal ke zon kompak.
Zon utama yang kami kerap gariskan sebagai hub kreativiti dan fluiditi taktikal adalah zon 14 dan ia adalah elemen penting yang terkandung dalam konsep ini.
Pasukan yang gemarkan hantaran rendah dan penguasaan bola akan cuba sedaya upaya memperbanyakkan aktiviti ini. Ini kerana, jika hanya menguasai bola tanpa penetrasi, sesebuah pasukan akan menjadi bentuk U.
Lección 1: Esconder el pase para romper líneas. Por el profesor Sergio Busquets. pic.twitter.com/GSDtFERycF
— – (@pizarrinhaa) January 4, 2016
Ini adalah contoh pasukan yang bertahan dengan turun ke bawah (bukan high line pressing) dalam 4-4-2. Bahagian A adalah pendesak pertama sama ada ke kiri dan kanan.
Garisan B adalah digelar pra-tekanan (pre-pressing), di mana garisan ini akan cuba kekal zonal dan tidak cepat menekan pemain lawan di garisan tinggi.
Garisan A adalah garisan pertahanan akhir dan cuba menarik garisan B untuk sentiasa membentuk unit kompak dan menutup ruang di antara garisan.
Mempercepatkan akses
Dalam bola sepak moden hari ini, jurulatih akan cuba menggunakan ruang yang ada secepat mungkin jika mereka melihat ruang itu.
Oleh itu, peranan pemain seperti bek tengah libeiro atau bek tengah tipikal enforcer seperti Bonucci sangat dikehendaki untuk melakukan tugas ini.
Ini kerana, pasukan yang defensif akan terus turun pada fasa mereka hilang bola. Ketika mereka turun inilah ada ruang tertentu untuk di’serang’.
Ada pasukan yang akan cuba menarik bola ke bawah dengan peranan no.6 supaya kawasan permainan menjadi lebar dan membuka ruang ini.
Ada juga terus menggunakan penjaga gol seperti ini. Lihat contoh beberapa hantaran Ederson yang ke arah kawasan celah celah garisan tengah dan pertahanan lawan.
Rumusan
Ianya adalah satu aspek yang penting dalam memecahkan rantaian pertahanan lawan dengan kombinasi hantaran, pergerakan secara unit dan juga kecepatan untuk bertindak.
Sistem ini amat penting untuk pasukan yang tidak bermain dengan hantaran lintang dan target man yang fizikal seperti Barcelona.
Ia memerlukan latihan taktikal berterusan dan pemahaman serta kepercayaan yang tinggi dalam diri pemain kepada diri mereka ataupun rakan-rakan.
Imaginasi kerap menjadi aspek yang sering disebut dalam bermain secara efektif untuk memecahkan garisan (breaking the lines).
Sebelum anda kembali semula ke ‘wall’ anda, luangkan masa anda nikmati aksi ini: