‘Menjelang Pertemuan Menentang Malaysia’ – Thailand Hanya Miliki 16 Pemain Buat Mano Polking Susah Tidur Malam

Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking – turut dikenali sebagai Mano Polking – berasa bimbang kerana sehingga kini berhadapan masalah untuk mengumpul barisan pemainnya menjelang perlawanan pembukaan Sukan SEA menentang Malaysia.

Sehingga kini, Thailand antara skuad yang paling terjejas disebabkan pasukan Liga Thai enggan melepaskan pemain lebih awal untuk menyertai temasya tersebut.

Skuad belum lengkap

Disebabkan temasya tersebut berlangsung bukan ketika kalendar antarabangsa FIFA, kelab-kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain masing-masing seperti yang termaktub di dalam peraturan FIFA iaitu dua minggu lebih awal sebelum sepak mula pertandingan.

“Kami memberikan sehabis baik untuk perlawanan pertama berhadapan Malaysia, dan ada banyak perkara kami fikirkan,” ujar Polking kepada media seperti yang dilaporkan oleh Siam Sport.

“Saya sendiri tidak tidur selama dua malam ini, dan banyak perkara berada di dalam fikiran saya. Saya perlu menunggu terlebih dahulu skuad Thailand diperkuatkan [pemain melapor diri] sepenuhnya sebelum membuat keputusan.

“Skuad Thailand B-23 tidak melakukan persiapan terbaik. Buat masa sekarang skuad ini belum lagi lengkap.

“Hari ini (semalam) pusingan akhir Liga Thai 2021/22 baru sahaja berakhir. Baki pemain hanya akan terbang ke Vietnam selepas itu untuk menyertai pemain lain untuk persiapan menentang Malaysia.”

Thailand mahu emas

Menjawab soalan salah seorang wartawan mengenai sasaran skuad Gajah Perang di Sukan SEA edisi ke-31 itu, Polking berkata: “Pengurus [Madam Pang] mahu skuad B-23 Thailand untuk membawa pulang pingat emas untuk penyokong di tanah air.

“Dibandingkan dengan persiapan ketika menghadapi Piala AFF 2020, persiapan dan sasaran di Sukan SEA kali ini hampir sama.”

Ketika sesi latihan terbuka di Noi Bai pada petang semalam Mano Polking kelihatan hanya bersama 16 pemain. Baki 4 pemain hanya akan bersama pasukan sehari sebelum perlawanan menentang Malaysia.

Skuad ampuh

Untuk temasya kali ini, Polking turut menyenaraikan tiga pemain lebih umur iaitu penjaga gol,  Kawin Thammasatchanan, Weerathep Pomphan dan Worachit Kanitsribamphen.

Tiga epemain berpengkalan di luar negara iaitu pemain tengah Ben Davis (Oxford United – England), Jonathan Khemdee (OB – Denmark) dan Suphanphat (Estoril – Portugal) turut dibawa bersama pasukan kali ini.

Polking bagaimanapun terpaksa pasrah apabila gagal mendapatkan khidmat pemain Leicester City, Thanawat Suengchitthawon kerana gagal mendapat pelepasan kelab.

Selain Malaysia, skuad Gajah Perang turut diundi bersama Kemboja, Singapura dan Laos di dalam Kumpulan B.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN