Bilakah kali terakhir kelibat Mohammad Ghaddar dilihat oleh penyokong bola sepak di Malaysia?
Hanya beberapa musim yang lalu, Mohammad Ghaddar dikenali sebagai penyerang yang amat digeruni di dalam kancah saingan bola sepak Malaysia.
Selepas kontrak beliau bersama JDT tamat pada musim 2019, bintang Lebanon itu tidak terikat bersama mana-mana kelab. Pada usia 36 tahun persaraan adalah antara perkara yang sedang dipertimbangkan oleh beliau.
Menjejak Mohammad Ghaddar
Jadi di manakan Mohammad Ghaddar sekarang? Kami pasti ramai di kalangan penyokong bola sepak di dalam negara, khususnya penyokong Kelantan yang merindui kelibat pemain dari Lebanon ini.
Hampir setahun tanpa kelab selepas meninggalkan JDT, Mohammad Ghaddar akhirnya menyertai kelab yang mengembangkan bakat beliau pada usia 16 tahun, Nejmeh SC di Liga Perdana Lebanon.
Selepas 11 perlawanan pada musim ini, Nejmeh SC kini menduduki tangga kedua liga, dan ketinggalan hanya dengan dua mata berbanding pendahulu Al Ansar.
🏹 محمد غدار يفتتح التسجيل للنجمة! هدف جميل!
🏹 Mohammad Ghaddar opens the scoring for Nejmeh! pic.twitter.com/CtwkLcgouK
— Fa Lebanon | Lebanese Football Media & Stats (@FALebanon) January 3, 2021
🏹 محمد غدار يفتتح التسجيل للنجمة! هدف جميل!
🏹 Mohammad Ghaddar opens the scoring for Nejmeh! pic.twitter.com/CtwkLcgouK
— Fa Lebanon | Lebanese Football Media & Stats (@FALebanon) January 3, 2021
Pada usia 37 tahun, Ghaddar turut nyata masih mempunyai bisa. Dari tujuh perlawanan beliau diturunkan, bekas penyerang Kelantan dan JDT ini telah menyumbat tiga gol – termasuk dua jaringan yang dihasilkan pada 3 Januari lalu dalam perlawanan menentang Shabab Al Sahel.
Gol dalam perlawanan menentang Shabab menarik sekali. Jaringan pertama Ghaddar adalah melalui sepakan gunting. Gol kedua pula adalah gerakan solo tenang di dalam kotak penalti lawan yang kemudiannya disudahkan dengan kaki kanan.
Semoga kerinduan penyokong bola sepak Kelantan sedikit sebanyak terubat melihat aksi legenda import meraka ini.
Tiada penyesalan
Kisah Mohammad Ghaddar dan Liga Malaysia amat menarik untuk dibicarakan. Pemain ini mempunyai perjalanan karier yang menarik, dihiasi suka dan duka. Rasa cinta dan benci, tetapi pada masa yang sama membuatkan ramai sentiasa kagum dengan bakat yang beliau pamerkan.
Bercakap kepada FALebanon.com pada awal tahun lalu, Ghaddar berkata beliau tidak pernah menyesal datang ke Malaysia untuk meluaskan pengalaman dalam karier bola sepaknya.
Malah pemain itu menganggap karier beliau di Malaysia sebagai antara yang terbaik pernah dilaluinya.
5 Gol Terbaik Mohammad Ghaddar Untuk Pasukan Kelantan https://t.co/4m96bNLtBu pic.twitter.com/XVCRFWAbg8
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 24, 2017
Secara keseluruhan Ghaddar beraksi di Malaysia selama tujuh musim sejak 2012. Sepanjang tempoh itu, Ghaddar pernah datang dan pergi bersama Kelantan sebanyak empat kali, selain daripada aksi selama dua musim bersama JDT – dan Felda United sebelum itu.
Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Ghaddar telah merekodkan lebih 50 gol dan meraih 7 kejuaraan dalam saingan domestik antaranya Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran bersama pasukan Kelantan dan JDT.
“Saya sangat gembira dengan karier saya di Malaysia. Memenangi tujuh kejuaraan domestik dan dipilih sebanyak dua kali sebagai pemain terbaik di negara asing adalah sesuatu yang saya banggakan,” ujar beliau kepada FA Lebanon.
“Selepas mengalami ACL pada msuim terakhir di Kelantan (2018), saya menyertai JDT II, dan memenangi Piala Cabaran pada akhir musim selain muncul penjaring terbanyak (Liga Premier). Musim itu amat bermakna buat saya.
“Liga Super Malaysia adalah pertandingan yang sangat baik dan sentiasa berevolusi. Kelab bertanding mempunyai kemudahan yang hebat, dan sering diperbaiki seiring dengan mentaliti profesionalisme. Kerana itulah mereka mampu bermain sehingga ke AFC Champions League.”
Paling dikenang di Kelantan
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, Ghaddar pernah datang dan pergi menyertai Kelantan sebanyak empat kali sejak 2012.
Pada tahun 2012 Ghaddar membantu pasukan Kelantan menjulang treble untuk pertama kalinya dalam sejarah bola sepak mereka.
Musim itu juga, Ghaddar menjaringkan 21 gol yang merupakan rekod yang cemerlang!
Pada tahun 2013, Ghaddar berhijrah ke FELDA United. Tetapi malangnya jodoh Ghaddar tidak panjang bersama mereka kerana ditimpa kecederaan yang panjang dan terus disingkirkan oleh pihak pengurusan.
Ketika itu, Ghaddar hanya mampu mencipta 3 gol sahaja untuk FELDA United.
Pada tahun 2014, nama Ghaddar muncul kembali dibibir peminat pasukan Kelantan.
«غدار» يقود كيلانتان للفوز على فيلدا «الجنيدي»
Mohammad Ghaddar leads Kelantan to win over Felda United (Jounaidi)https://t.co/dszE5R3e8Z pic.twitter.com/3GQ9RvoZ1A
— Lebanon Football Guide 🇱🇧 (@LebanonFG) February 11, 2017
Ia selepas Tan Sri Anuar Musa buntu untuk mencari penyerang berbisa untuk berganding bersama Forkey Doe dan Kelantan berjaya mendapatkan Ghaddar untuk bermain bersama pasukan Kelantan semula.
Tapi Ghaddar pada musim 2014 bersama skuad Kelantan tidah sehebat seperti pada musim 2012. Mana tidaknya, Ghaddar seperti ‘budak nakal’ dalam skuad Kelantan 2014 dan hanya mampu menjaringkan 6 gol sahaja.
Beliau kemudiannya ditamatkan kontrak kerana masalah kecederaan dan juga masalah disiplin terutamanya beliau mengalami masalah dengan bekas pertahanan Kelantan – Obinna Nwaneri.
Ghaddar kembali gegar
Pada musim 2016, penyokong Kelantan mula membangkitkan balik nama Mohammed Ghaddar untuk bermain kembali bersama skuad Kelantan bagi mengantikan Dramane Traore yang tak begitu cemerlang.
Perkara itu pada mulanya dinafikan oleh Dato’ Seri Vida kerana beliau memberitahu yang pemain itu tidak lagi relevan untuk skuad kijang itu.
Dan pada tahun 2017, impian penyokong Kelantan untuk melihat Ghaddar kembali direalisasikan oleh Tan Sri Annuar Musa yang tampil selaku penaja pada ketika itu.
Ghaddar pantas memukau dengan magis dan skil solo beliau membuatkan beliau berjaya mencipta 3 hatrik dalam 9 perlawanan. Malah pada satu ketika, jumlah peribadi Ghaddar adalah lebih banyak daripada separuh pasukan yang bersaing di Liga Super Malaysia pada 2017.
Itulah dia Mohammed Ghaddar, pemain yang paling disayangi oleh penyokong Kelantan. Gomo Ghaddar Gomo!
Perpindahan kontroversi
Dan secara tiba-tiba masa depan pemain dari Lebanon itu menjadi topik perbualan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan pada jendela perpindahan kedua musim 2017.
Ikutkan logik akal, tidak ada pasukan yang sanggup bergadai jual pemain terbaik mereka. Apatah lagi di pertengahan musim, jika tidak kerana sebab tertentu.
Keadaan kewangan Kelantan yang dipalit masalah gaji turut tidak membantu pada ketika itu, tatkala pemain penyerang itu dikaitkan dengan juara Piala AFC 2015, JDT.
Dan akhirnya Mohammad Ghaddar disahkan menjadi pemain JDT pada 18 Mei 2017. Tiada jumlah tertentu didedahkan mengenai yuran perpindahan pemain tersebut dari Kelantan pada ketika itu.
Walaupun laporan akhbar menyatakan Ghaddar dinilai pada harga RM2 juta, terdapat juga laporan mengatakan JDT membayar sebanyak RM1.2 juta sehingga RM1.4 juta untuk pemain tersebut.
Pada tarikh yang sama ketika JDT mengumumkan Ghaddar, Setiausaha KAFA pada ketika itu, Datuk Ismail Md Noor turut mengesahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyegerakan tunggakan bayaran gaji pemain The Red Warriors (TRW) sebaik menerima bayaran yuran perpindahan pemain import, Mohammad Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Sebahagian daripada yuran perpindahan Ghaddar akan digunakan untuk membayar gaji pemain dan itu antara pilihan kami dalam rundingan sebelum melepaskan pemain itu ke JDT.
“Kita masih menunggu bayaran daripada JDT dan sebaik mendapatnya, kita akan bayar gaji pemain,” ujarnya pada ketika itu.
Rumusan
Pada usia 37 tahun, karier bola sepak Ghaddar boleh disifatkan berada di penghujung, dan persaraan juga dilihat sebagai satu pilihan. Tatkala peluang untuk mengembangkan lagi bisnes peribadinya menjadi panggilan baharu buat Mat Ghaddar.
Timbul persoalan lain. Bagaimana nasib Kelantan jika diurus dengan lebih baik pada ketika itu? Bagaimana keadaannya jika Kelantan tidak terpaksa sehingga menjual aset tebaik mereka iaitu Mohammad Ghaddar pada musim tersebut?