Tan Cheng Hoe sah telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada hari ini. Keputusan tersebut tiba selepas prestasi mengecewakan skuad kebangsaan di pertandingan Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Perkhabaran tersebut diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri dan keputusan ini dicapai selepas perbincangan dari pelbagai sudut telah dilakukan di antara kedua-dua pihak.
Tidak dapat dinafikan kegagalan membawa pasukan negara melangkah ke separuh akhir Piala AFF menjadi antara punca jurulatih berusia 53 tahun itu mengambil keputusan tersebut.
Jurulatih berpengalaman
Tidak dapat dinafikan Tan Cheng Hoe adalah salah seorang jurulatih tempatan terbaik yang pernah melatih skuad kebangsaan.
Perletakan jawatan ini telah menamatkan karier Cheng Hoe bersama-sama skuad negara yang sudah lama sejak dari 2005, walaupun beliau hanya bergelar jurulatih skuad senior kebangsaan mulai 7 Disember 2017.
Latest: #FAM appoints Tan Cheng Hoe as new national #football #coach to replace Nelo Vingada pic.twitter.com/J7MHpo3pTI
— New Straits Times (@NST_Online) December 7, 2017
Beliau memulakan pengalaman bersama barisan kejurulatihan kebangsaan sebagai penolong jurulatih skuad B-20 sebelum mendaki sedikit demi sedikit tangga menuju ke pasukan senior.
Cheng Hoe juga menjadi sebahagian daripada pembantu Datuk K. Rajagobal pada saingan Sukan SEA 2009 dan 2010 sewaktu Malaysia menjulang Piala AFF.
Statistik bersama Harimau Malaya
Sejak dilantik menggantikan Nelo Vingada pada Disember 2017, Tan Cheng Hoe secara rasmi telah mengendalikan 40 perlawanan skuad senior negara.
Perlawanan pertama kendalian beliau adalah perlawanan persahabatan menentang Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Dan sepanjang tempoh itu, pasukan negara telah merekodkan 21 kemenangan, 5 keputusan seri, dan 14 kekalahan. Secara keseluruhan, Tan Cheng Hoe telah merekodkan 52.5% peratus kemenangan sepanjang lebih lima tahun bersama Harimau Malaya.
Berjaya menghasilkan 73 gol dan dibolosi 43 kali, kemenangan terbesar pasukan negara di era Tan Cheng Hoe adalah ketika menewaskan Bhitan 7-0 dalam perlawanan persahabatan pada 1 April 2018. Ia adalah perlawanan ketiga kendalian jurulatih itu selepas perlawanan menentang Mongolia dan Lebanon di pusingan kelayakan Piala Asia.
Bagi perlawanan kompetitif, kemenangan terbesar Harimau Malaya terhasil ketika membelasah Timor Leste 7-1 di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 7 Jun 2019.
Kekalahan terbesar pula hadir pada 4 Jun 2021, ketika dibelasah UAE 4-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Naib juara Piala AFF dan pusingan kelayakan Piala Dunia
Tidak dinafikan dua tahun pertama skuad senior kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, pasukan negara berada pada tahap prestasi terbaik sejak sekian lama merudum.
Berada pada kedudukan ke-178 dunia di dalam ranking FIFA pada Mac 2018, pasukan negara di bawah kendalian Tan Cheng Hoe mulai mengorak langkah dengan deretan keputusan positif sepanjang 2018.
Antara kejayaan pada tahun tersebut adalah muncul naib juara Piala AFF, selain beberapa keputusan positif dalam perlawanan persahabatan menentang Bhutan dan Fiji yang berada di ranking lebih tinggi.
2019 pula dianggap sebagai tahun terbaik buat Tan Cheng Hoe bersama pasukan negara. Bermula dengan kejayaan menewaskan Afghanistan 2-1 di Airmarines Cup, pasukan negara secara keseluruhan merekodkan sembilan kemenangan daripada 13 perlawanan yang dilalui sepanjang tahun itu – termasuk 6 perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
FT: MALAYSIA 2-0 Indonesia
Safawi’s world class performance – ✅
Farizal’s penalty save – ✅
Resilient & tough team spirit – ✅
Three points at home – ✅
Six points against Indonesia – ✅
Never in doubt 🌺⚡️In Tan Cheng Hoe we trust! #HarimauMalaya#MASIDN#Nikmatilah pic.twitter.com/1KGXZhL7oI
— padangbolasepak.com🇲🇾 (@padangbolasepak) November 19, 2019
Antara kemenangan yang paling diingati pada ketika itu sudah tentu ketika pasukan negara menewaskan seteru serumpun, Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September 2019.
Lawan seperti Thailand turut ditundukkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe pada ketika itu, dan walaupun tewas kepada pasukan seperti UAE, pasukan negara menunjukkan penampilan terpuji sehingga hampir mengejutkan lawan sebelum tewas 2-1.
Kemerosotan prestasi
Tiada perlawanan yang diharungi pada 2020 akibat situasi pandemik yang melanda dunia, masalah pemain utama hilang prestasi, dan hilang pemain utama akibat kecederaan sedikit sebanyak menyumbang kepada prestasi buruk pasukan negara pada 2021.
Selain kemenangan 1-0 ke atas Thailand di perlawanan terakhir, pasukan negara begitu mudah tewas diratah 4-0 oleh UAE dan tewas 2-0 kepada Vietnam.
Masalah sama terus berlarutan ke Piala AFF 2020 di Singapura. Tan Cheng Hoe gagal mendapatkan pemain terbaik untuk membarisi pasukan negara dan hasilnya cabaran pasukan negara hanya setakat saingan peringkat kumpulan.
Cheng Hoe perjelas sebab De Paula diberi peluang beraksi 90 minit https://t.co/BaQ5GQEYEO pic.twitter.com/bCzj6dMMwg
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 4, 2021
Malah dilaporkan ada pemain yang tersenarai sejak dari awal telah menarik diri disebabkan perkara peribadi – sesuatu yang tidak masuk akal jika kepentingan negara yang menjadi keutamaan.
Keadaan tidak dibantu dengan prestasi pemain naturalisasi yang terus diberikan kepercayaan. Pemain yang sepatutnya menjadi aset kekuatan pasukan negara akhirnya menjadi liabiliti kepada pasukan.
Sumareh Jadi Penanda Aras Program Naturalisasi Di Malaysia https://t.co/yaVQl0NEsG pic.twitter.com/Pi32DLoJGs
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 29, 2020
Daripada segi lain, Tan Cheng Hoe harus dianggap bertuah kerana menjadi satu-satunya jurulatih pasukan negara yang diberikan khidmat pemain naturalisasi dan pemain warisan. Tetapi apa yang berlaku di penghujung seolah-olah pemain naturalisasi dan pemain warisan ini juga menjadi punca kepada prestasi buruk Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.
Situasi semakin buruk di Singapura akibat kekurangan pemain yang turut disebabkan jangkitan virus dan kecederaan.
Rumusan
Bagi diri penulis Tan Cheng Hoe masih lagi merupakan antara pengendali tempatan terbaik pernah melatih pasukan negara.
Perletakan jawatan Tan Cheng Hoe menunjukkan sikap tanggungjawab yang diambil oleh jurulatih itu – walaupun ia kelihatan tidak adil jika perjalanan sepanjang musim 2020 dan 2021 disingkap kembali.
Persoalannya adakah perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe akan berjaya mengembalikan kekuatan pasukan negara? Adakah perletakan jawatan ini mampu menyelesaikan isu tertentu di dalam pasukan negara? Apa pendapat anda?