‘Menggatal Hantar Mesej Tak Senonoh’ – Marc Overmars Letak Jawatan Sebagai Pengarah Bola Sepak Ajax

Marc Overmars Ajax

Legenda bola sepak Belanda, Marc Overmars telah melepaskan jawatannya selaku pengarah bola sepak di Ajax Amsterdam selepas didakwa menghantar beberapa siri mesej ‘tidak sepatutnya’ kepada rakan sekerja wanita di kelab tersebut.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ajax, bekas pemain Arsenal dan Barcelona berkenaan tekah meninggalkan kelab ternama Belanda tersebut secara serta merta.

Beliau yang berusia 48 tahun telah menjawat posisi itu sejak 2012 dan telah pun menandatangani kontrak lanjutan sehingga Jun 2026 baru-baru ini.

Dalam kenyataan Overmars yang disiarkan dalam laman web rasmi kelab, beliau mengakui merasa malu dengna kelakuannya yang dianggap tidak boleh diterima.

“Minggu lalu saya berdepan dengan laporan mengenai tingkah laku saya dan bagaimana ia telah memberi kesan kepada orang lain,” ujarnya.

“Malangnya saya tidak sedar bahawa saya telah melampaui batas dan kesilapan tersebut telah dijelaskan kepada saya dalam beberapa hari kebelakangan ini. Jadi saya memohon maaf.

“Sudah tentu bagi seseorang yang berada dalam posisi ini, kelakuan saya tidak boleh diterima. Sekarang saya sedar tetapi segalanya sudah terlambat. Saya tak nampak pilihan lain selain meninggalkan Ajax.”

Overmars merupakan salah seorang nama besar di Ajax di mana beliau telah membuat 130 penampilan dengan meraih kejuaraan liga, Piala Belanda dan kejayaan terbesar adalah menjulang  gelaranLiga Juara-Juara Eropah.

Pengerusi lembaga pengarah kelab, Leen Meijaard menyifatkan Overmars sebagai pengarah bola sepak terbaik yang Ajax pernah miliki.

“Ini merupakan situasi yang dramatick untuk semua pihak yang telibat,” kata Meijaard.

“Ia amat mendukacitakan buat wanita yang terpaksa berhadapan dengan kelakuan tidak sepatutnya seperti ini. Apabila mendapat berita itu, kami segera bertindak.

“Dia [Overmars] ternyata telah melampaui batas dan meneruskan khidmatnya sebagai pengarah bukanlah satu pilihan, kerana dia sepatutnya sedar siapa dirinya. Ia cukup menyakitkan semua orang di kelab ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN