Mengenang Legenda Garrincha Yang Hanya Kalah Sekali Dengan Brazil

Semalam, 20 Januari, Pele memuatnaik satu status twitter mengenang rakan seperjuangan beliau dahulu iaitu Garrincha ataupun nama penuh beliau, Manuel Francisco dos Santos.

Pele mengingati rakannya itu sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah Brazil. Pele tidak pernah merasai kekalahan ketika beraksi dengan Garrincha di dalam padang.

Rekod mereka bermain bersama-sama adalah, 40 perlawanan, 36 menang dan 4 seri.

Garrincha ada banyak nama gelaran termasuk ‘O Anjo de Pernas Tortas’ ataupun ‘The Angel With Bent Legs’ and Alegria do Povo bermaksud ‘The Joy of the People’.

Teknik gelecekan beliau antara yang menjadi fenomena dalam bola sepak dunia pada satu ketika dahulu.

Budak lorong yang meniadi wira negara

Beliau lahir di Magé, Rio de Janeiro, Brazil pada 28 Oktober 1933. Datuknya pernah menjadi hamba. Ia sudah cukup menggambarkan beliau adalah dari keturunan yang susah.

Ketika kecil beliau suka berenang dan kemudian banyak bermain bola sepak. Nama Garrincha diambil daripada nama seekor burung yang kecil bernama Garrincha.

Kakaknya suka memanggil beliau dengan nama manja itu. Di kalangan rakan-rakan beliau, Garrincha dipanggil Mane ataupun Manuel.

Garrincha membesar sebagai seorang remaja yang atletik secara fizikal. Beliau juga sangat lincah. Ketika bermain di lorong dengan rakan-rakan ataupun orang dewasa, beliau seringkali membuli lawan beliau dengan gerakan luar biasa.

Putaran badan dan gelecekan yang sukar diramal. Beliau pernah menyatakan yang beliau akan menjadi manusia berbeza apabila ada bola di kaki.

Kisah Garrincha memang mirip kepada adiwira. Seorang budak biasa daripada latar keluarga miskin kemudian menjadi hero negara beliau. Ianya memang kisah yang banyak berlaku di Brazil.

Pele anggap Garrincha pemain paling penting

Pele sentiasa mengagumi Garrincha dan berpendapat pemain itu adalah sebab kenapa beliau menjadi Pele dalam pasukan Brazil.

Garrincha menyertai Botafogo pada 1953 dan menjaringkan hatrik dalam debut beliau tahun tersebut. Beliau kemudian dipanggil untuk bermain dalam skuad Piala Dunia Brazil pada 1954.

Beliau kemudian dipilih sekali lagi dalam skuad emas Brazil 1958 yang turut diwakili legenda lain seperti Didi, Zagallo, Vava dan Pele. Mereka berjaya merangkul kejuaraan dunia pertama untuk negara mereka.

Pada 1962, Garrincha telah menggalas tugas lebih berat selepas Pele cedera pada pusingan awal. Garrincha menjadi pemain tumpuan dengan membantu skuad Brazil menang Piala Dunia. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pada kejohanan ini, Garrincha dianggap telah meletakkan satu pasukan Brazil di bahu beliau untuk meraih kejuaraan Piala Dunia kedua mereka.

Sebelum ini, Pele pernah berkata, Brazil boleh juara Piala Dunia tanpa pemain seperti Neymar. Pele memaksudkan pemain seperti Garrincha lebih penting untuk pasukan kerana mereka boleh menggalas apa sahaja tugasan di dalam padang termasuk menggantikan pemain utama yang cedera.

Pemain seperti Pele, Neymar dianggap istimewa kerana skil dan kualiti serangan namun mereka tidak boleh bermain di banyak posisi dan peranan. Piala Dunia 1962 adalah bukti yang jelas.

Pada Piala Dunia 1966, Garrincha bergelut dengan masalah kecederaan lutut. Kesannya, Brazil pun bergelut dengan prestasi mereka dan gagal mara ke pusingan kalah mati.

Mereka tewas di tewas di tangan Hungary ketika itu pada perlawanan terakhir Garrincha bermain untuk Brazil, itulah satu-satunya kekalahan Garrincha bersama-sama dengan Brazil di peringkat antarabangsa.

Selepas aksi cemerlang beliau, Garrincha dibeli Corinthians pada 1966. Beliau bermain untuk beberapa kelab lain termasuk, Atlético Junior, Flamengo, dan menamatkan karier beliau bersama kelab Olaria pada 1972.

Garrincha ada masalah dengan cara hidup beliau. Beliau berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol yang kronik.

(Amaran: Alkohol adalah haram di sisi agama Islam)

Pada 1974 nama beliau disematkan sebagai nama stadium di Brasilia bernama Estádio Nacional Mané Garrincha.

Pada 20 Januari 1983, Garrincha meninggal dunia selepas koma kerana terlalu banyak alkohol di dalam darah beliau.

Estádio Nacional Mané Garrincha telah diperbaiki semula oleh kerajaan Brazil pada 2014 untuk menganjurkan Piala Dunia.

Itulah kisah legenda bola sepak bernama Garrincha yang dijulang sebagai antara pemain bola sepak terbaik dari Brazil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN