Tahukah anda, legenda bola sepak Brazil, Ronaldiho pernah mengalami kerugian sebanyak £500,000 (RM2.7 juta) akibat daripada kecuaiannya terhadap kontrak tajaan Coca-Cola yang dilakukan pada Julai 2012.
Amalan pemain bola sepak popular mengikat kontrak tajaan dengan jenama terkenal merupakan perkara biasa. Apabila namanya kontrak, sudah tentulah ia terkandung terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak.
Bercakap mengenai hari malangnya itu, bekas perancang tengah Barcelona tersebut mengimbau kembali hari-hari awalnya selepas menyertai kelab Brazil, Atletico Mineiro.
Beliau telah menghadiri satu sesi soal jawab bersama wartawan dalam satu sidang media. Pada ketika itu, beliau mempunyai tajaan peribadi oleh Coca-Cola dan laporan menyatakan nilai perjanjian tersebut dianggarkan sekitar £500,000 (RM2.7 juta).
12. SODA CLASH :
Ronaldo de Assis Moreira, better known as Ronaldinho, cost himself a Coke sponsorship worth $750,000 for drinking a can of Pepsi at a press conference.
Ronaldinho stunned Coke chiefs by turning up at a press conference and sipping nonchalantly ……. pic.twitter.com/q6D4ixLQnf— Aya (@Aya_Kleo) August 22, 2022
Namun beliau yang sepatutnya peka dengan kontraknya telah bertindak duduk di hadapan dua tin Papsi, iaitu ‘musuh ketat’ Coca-Cola dalam perniagaan air berkarbonat.
Situasi tersebut mungkin tidak salah memandangkan Atletico Mineiro ditaja oleh Pepsi pada waktu tersebut dan tin-tin yang tersusun di atas meja semasa sidang media merupakan prosedur biasa.
Tetapi ‘dosa besar’ Ronaldinho adalah beliau telah menghirup air daripada salah satu tin semasa sesi soal jawab berkenaan.
Beberapa hari kemudian, ketua bahagian pemasaran Coca-Cola, Marcelo Pontes telah bercakap kepada akhabar Brazil, Estado de Sao Paulo.
“Fakta tentang pemain tersebut tampil dengan tin Pepsi adalah perkara yang paling buruk yang cukup mengecewakan pihak kami. Jadi penajaan ini menjadi sesuatu yang amat memalukan,” ujar Pontes.
Coca-Cola juga telah bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan isu tersebut.
“Coca-Cola menghargai karier dan nilai Ronaldinho. Bagaimanapun ekoran dari insiden terbaharu, ia adalah mustahil untuk meneruskan kerjasama ini.”
Lebih memeritkan, episod malang tersebut terjadi selepas pertelingkahan Ronaldinho dengan bekas pasukannya Flamengo di mana beliau telah menyaman kelab Brazil tersebut kerana tidak menerima gaji dan bonus.
Tetapi Flamengo membalas semula kritikannya dengan mendakwa pemain berkenaan tidak profesional dan kurang memberikan komitmen sepanjang tempoh berkelana di Maracana.
Beliau juga dituduh terlalu kuat mabuk, malas ketika sesi latihan dan kerap berkunjung ke kelab malam.
Pemenang Piala Dunia 2002 itu sempat membuat 50 penampilan untuk Atletico Mineiro dalam tempoh dua tahun, kemudian berhijrah ke kelab Mexico, Queretaro sebelum mengakhiri kariernya dan Fluminense.
Bekas pemain antarabangsa Brazil itu ditahan di Paraguay pada Mac 2020 bersama abangnya, Roberto de Assis Moreira kerana kesalahan menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara tersebut secara tidak sah bagi menghadiri sebuah majlis kebajian dan promosi buku.
Beliau dan abangnya akhirnya dibebaskan daripada penjara Paraguay pada Ogos 2020 selepas mereka bersetuju dengan syarat pengampunan.
Pasukan Ronaldinho Menang 11-2 Lawan Pengawal Penjara Paraguay https://t.co/cQeCAqSPqV pic.twitter.com/mywOQib6Nu
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 14, 2020
Namun kedua-dua mereka perlu membayar denda sebanyak $90,000 dan $90,000.
Ronaldinho pernah dilaporkan terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27)
Sedangkan menurut sumber dari Forbes, beliau pada satu masa muncul selaku pemain bola sepak yang menerima pembayaran gaji tertinggi di dunia pada tahun 2007 dengan anggaran pendapatan sebanyak $29.5 juta (RM96 juta).
Selain itu, beliau juga yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara, Copa Libertadores dan Pemain Terbaik Tahunan Dunia serta disenaraikan antara 10 pemain bola sepak paling terkaya di dunia.
Ronaldinho memiliki kekayaan di Brazil, Greece, Barcelona serta Florida dengan jumlah keseluruhan sebanyak £78 juta (RM420 juta).
Penulisan ini diolah semula daripada artikel SportBible.