Mengenang Insiden Eric Dier Cirit-Birit Sewaktu Tottenham Lawan Chelsea

Eric Dier
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Hari ini kecoh satu Malaysia dengan topik cirit birit ya?

Iyalah mana tidaknya, masalah cirit-birit ni memang tak boleh menganggu urusan harian. Silap hari bulan, ulang-alik ke tandas saja.

Sewaktu sekolah, cirit-birit juga merupakan alasan yang diberikan oleh kita kepada ibu bapa untuk tidak hadir ke sekolah. Betulkan? Mengaku je lah.

Insiden cirit-birit yang cukup menarik perhatian hari ini di negara kita telah mengingatkan penulis kepada sebuah peristiwa yang terjadi pada musim lalu di England.

Pemain Tottenham Hotspur, Eric Dier yang sedang sibuk beraksi menentang Chelsea dalam aksi Carabao Cup telah meninggalkan padang ketika perlawanan secara tiba-tiba untuk ke tandas sewaktu aksi berbaki 15 minit.

Situasi yang jarang dilihat ini telah menarik perhatian semua dengan pengurus Tottenham ketika itu iaitu Jose Mourinho turut dilihat ‘mengejar’ Dier yang melulu ke tandas.

Menurut Mourinho, tindakan yang dilakukan beliau itu adalah untuk memastikan Dier cepat dan tidak terlalu lama di tandas.

“Untk beliau tiba-tiba saja meninggalkan padang membuatkan saya mudah untuk fikir apa yang telah terjadi.”

“Saya tahu apa yang terjadi, saya cuma mahukan beliau untuk cepat sahaja.”

Sampai ke tandas Mourinho ikut si Dier ni. GAMBAR: TalkSport

Apa yang menariknya mengenai situasi itu adalah Dier keluar dari tandas dengan pantas lalu kembali ke padang lalu terus mematahkan usaha serangan balas pantas Chelsea ketika itu.

Dier kemudiannya menjadi pemain terbaik bagi perlawanan tersebut dan beliau mendedikasikan anugerah itu buat mangkuk tandas yang beliau gunakan ketika perlawanan.

“Pemain terbaik perlawanan yang sebenar,” kata Dier di Instagram.

Dier juga menambah yang apa yang berlaku adalah di luar kemahuannya.

“Beliau [Mourinho] jelas sekali tidak suka dengan apa yang berlaku tetapi apa nak buat? Tandas dah memanggil.”

Mourinho jelas sekali kagum dengan usaha keras Dier. Lebih mengagumkan apabila pengurus itu mengetahui sebab sebenar kenapa pemain itu ke tandas.

“Masalahnya, beliau ke tandas bukan untuk kencing tetapi untuk buang air besar!

Semoga anda terhibur dengan artikel ini. Jemput baca artikel kami yang lain:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN