Sejak bergelar pengendali Liverpool pada 2015, Jurgen Klopp telah berjaya mentransformasi pasukan itu sehinga berjaya menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Inggeris.
Untuk itu Liverpool telah membawa masuk ramai pemain yang dianggap berjaya dari pasaran pemain sejak era Jurgen Klopp. Namun tidak semua dari mereka akhirnya berjaya mencipta nama di Anfield.
Kali ini kita imbau kembali 10 pemain pertama yang dibeli oleh Klopp untuk Liverpool.
Marko Grujic
Grujic menjadi pemain pertama dibeli oleh Klopp sebagai pengurus Liverpool pada Januari 2016. Pemain ini menyertai The Reds dengan nilai £5.1 dari Red Star Belgrade.
Namun demikian pemain tengah ini telah beraksi kurang dari 400 minit untuk Liverpool dalam semua pertandingan, dan sejak tiga musim lalu beraksi secara pinjaman bersama Cardiff City dan juga Hertha Berlin.
Marko Grujic to Werder Bremen is OFF! ❌
The player is set to stay at Liverpool.
More: https://t.co/o1YOZyDpVs#bbcfootball #DeadlineDay #LFC pic.twitter.com/FPX5wvIvsE
— BBC Sport (@BBCSport) October 5, 2020
“Saya bukannya muda lagi,” kata Grujic kepada The Athletic pada April 2020. “Pada usia 24 tahun, saya berada di peringkat untuk membuat langkah penting dalam karier. Saya harus berfikir dan bijak mengenai apa yang akan berlaku seterusnya.
“Adakah ianya langkah terbaik untuk kekal di Liverpool dan menanti satu lagi peluang untuk dipinjamkan, atau berpindah sahaja ke kelab lain? Pada masa ini, saya tidak tahu jawapannya. Segalanya masih lagi terbuka.”
Steven Caulker
Jika ada perkara tidak masuk akal berlaku sehingga menyebabkan Liverpool bergelut pada awal era Klopp, ia adalah mengenai pemain ini.
Caulker sebenarnya menyertai Liverpool dari Queen Park Rangers secara pinjaman pada Januari 2016. Jika itu tidak cukup pelik, Klopp juga menggunakan pemain yang asalnya adalah pemain pertahanan tengah sebagai penyerang.
QPR have terminated Steven Caulker's contract!
Throwback to when he randomly went on loan to Liverpool and Klopp played him up front😂 pic.twitter.com/d3vTQvX33T
— Footy Accumulators (@FootyAccums) December 28, 2017
Maka ia bukanlah perkara yang mengejutkan Caulker gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat penampilan bersama Liverpool itu. Hari ini, Caulker beraksi bersama Alanyaspor di Turki.
Kamil Grabara
Grabara adalam pemain remaja produ kelab Polad, Ruch Chorzow sebelum menyertai Liverpool pada 2016 selepas menolak minat dari Manchester City dan Manchester United.
Liverpool goalkeeper Kamil Grabara has signed a new contract with the European champions before immediately joining Huddersfield on a season-long loan.
Full story ➡ https://t.co/qqnhUjca9F #LFC #bbcfootball #htafc pic.twitter.com/pDTG5ficiJ
— BBC Sport (@BBCSport) July 15, 2019
Sehingga kini penjaga gol ini masih menunggu untuk diberikan peluang melakukan penampilan dalam pasukan utama selepas beraksi bersama Huddersfield Town secara pinjaman sepanjang musim 2019/20.
Loris Karius
Amat mudah untuk buat-buat lupa bahawa Karius pernah diangkat sebagai salah seorang prospek penjaga gol tebaik dunia apabila beliau berhijrah dari Mainz ke Liverpool pada 2016.
Namun beberapa kesilapan berprofil tinggi terutama di perlawanan akhir Champions League 2018 menentang Real Madrid telah memusnahkan segala tanggapan tersebut.
TWO YEARS AGO TODAY: Real Madrid and Loris Karius beat Liverpool 3-1 in the 2017/18 Champions League Final.
Two absolute clangers either side of an unbelievable Gareth Bale overhead kick! pic.twitter.com/zZcZRmh3Bh
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 26, 2020
Karius tidak beraksi untuk Liverpool sejak insiden malang tersebut dan beraksi dua musim terakhir sebelum ini bersama Besiktas di Turki.
Sadio Mane
Bermula dari Sadio Mane, keadaan mulai berubah. Mane telah menjadi salah seorang penyerang terbaik dunia sejak menyertai Liverpool dari Southampton pada 2016.
📈 Sadio Mane played a direct hand in more goals vs Tottenham this evening (2) than his last five Premier League appearances combined (1)
⭐ The Liverpool forward (8.62) edged Trent Alexander-Arnold (8.51) as the WhoScored Man of the Match pic.twitter.com/1mgIpl85FV
— WhoScored.com (@WhoScored) January 28, 2021
Pada ketika artikel ini ditulis, penyerang antarabangsa Senegal itu telah menjaringkan 81 gol dari 171 penampilan untuk The Reds.
Joel Matip
Selepas menolak tawaran kontrak baharu dari Schalke, Matip berhijrah ke Liverpool secara percuma pada 2016 dan berjaya memperkuatkan benteng pasukan.
Pemain antarabangsa Cameroon ini memainkan peranan penting membantu Liverpool merangkul kejuaraan Eropah keenam pada musim 2018/19, apabila umpannya membenarkan Divock Origi menjaringkan gol kedua di perlawanan akhir.
Joël Matip is set to miss the rest of the Premier League season with an ankle ligament injury, Liverpool have confirmed 🤕❌ pic.twitter.com/X1rotKoVsK
— 433 (@433) February 1, 2021
“Dalam dunia perpindahan yang kini melibatkan jumlah wang yang besar, maka kejayaan mendapatkan pemain seperti Joel Matip secara percuma adalah perkara luar biasa,” kata Klopp pada September 2019.
“Ia mungkin adalah urusniaga terbaik pernah dilakukan di jendela perpindahan oleh Liverpool sejak bertahun lamanya.”
Ragnar Klavan
Klavan telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain pertahanan kental sepanjang tempoh dua misim di Merseyside, dan melakukan 53 penampilan dalam semua pertandingan.
Ketibaan Virgil Van Dijik pada 2018 bagaimanapun bermakna Klavan bukan lagi pilihan utama Klopp.
Parece que o Fabrizio Romano disse que o Liverpool tentou uma reaproximação com o Ragnar Klavan, hoje no Cagliari. Porém, o clube italiano negou qualquer sondagem. pic.twitter.com/WZsdrjDoMb
— Anfield Brasil (@Anfieldbr) February 1, 2021
Pemain Estonia ini kemudiannya berhijrah ke Cagliari di Serie A demi mendapatkan minit perlawanan kompetitif.
Alex Manninger
Walaupun pada usia 39 tahun, penjaga gol ini menerima tawaran Liverpool untuk tawaran jangka masa pendek dari Augsburg FC pada 2016.
#LFC can confirm Alex Manninger has signed a short-term contract with the club: https://t.co/DZIUA6ouEW pic.twitter.com/KH7z7CUUsz
— Liverpool FC (@LFC) July 22, 2016
Bekas penjaga gol Arsenal dan Juventus ini bagaimanapun gagal membuat sebarang penampilan untuk The Reds sebelum bersara dari bola sepak pada 2017.
Georginio Wijnaldum
Ramai yang tertanya-tanya akan tindakan Klopp membelanjakan £23 juta untuk seorang pemain dari Newcastle United yang tersingkir ke liga bawahan pada musim berikutnya.
Wijnaldum bagaimanapun membuktikan pengkritiknya di Anfield salah, dan menjadi nadi penting di dalam sistem Klopp walaupun kerja kerasnya kurang dihargai.
Gini Wijnaldum fires warning to Liverpool teammates after Reds' back-to-back winshttps://t.co/OUKKE2bdSr pic.twitter.com/tVpGJ8lNQX
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 1, 2021
“Adakah beliau adalah pemain tengah sempurna? Dari segi kebolehan 100%. Ia bukan salah saya mengapa beliau kurang dihargai dan tidak berada di bawah radar. Bukan saya yang menentukan radar itu.”
Mohamed Salah
Apabila Salah menyertai Liverpool dari Roma pada 2017, tidak ada sesiapa termasuk pemain itu sendiri akan menjangkakan impak yang mampu dihasilkannya.
Pemain antarabangsa Mesir itu boleh dikatakan adalah nadi utama kepada kebangkitan Liverpool di era Klopp.
Mohamed Salah has scored 20+ goals in every season with Liverpool 👑 pic.twitter.com/SXpvR7zjE6
— B/R Football (@brfootball) January 31, 2021
Sehingga kini, Salah telah menjaringkan 94 gol dari 153 penampilan dari semua pertandingan. Angka yang sungguh luar biasa.
Penutup
Semalam Liverpool telah mengumumkan ketibaan Ben Davies dan Ozan Kabak untuk memperkuatkan bahagian pertahanan mereka yang dilanda krisis kecederaan pada musim ini.
Mampukah kedua-dua pemain menyerlah untuk Liverpool pada musim ini?
Berikut adalah artikel menarik lain mengenai Liverpool:
9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield
6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992