Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Central winger ataupun pemain sayap tengah adalah peranan yang agak kompleks untuk diterangkan. Dalam bola sepak, posisi di tengah padang sangat banyak gelaran diberikan.

Juan Roman Riquelme dikenali dengan peranan enghanche iaitu peranan no.10 klasik yang lebih statik dan tidak lincah. Enghanche seperti seorang deep lying midfieder ataupun pivot yang berada di zon 14 ataupun hole.

Ini kerana mereka tidak ada pace dan skil dengan kaki yang lincah. Namun jurulatih lebih menggemari pemain ala Maradona ataupun Ronaldinho yang lebih bebas di peranan no.10.

Makna Central Winger

Ia adalah satu terminalogi yang merujuk kepada pemain tengah menyerang (attacking midfielder) yang juga perancang tengah yang agresif untuk bergerak ke bahagian sayap dan meninggalkan zon 14.

Ingat, mereka adalah playmaker (perancang). Anda pasti sudah mulai menggambarkan corak permainan Mesut Ozil ataupun David Silva, itulah central winger.

Ia bukanlah satu peranan yang baru kerana dahulu Pavel Nedved sudah pun bermain peranan ini di Juventus di bawah kendalian Marcello Lippi.

Pada ketika itu ramai pengulas dan pengkritik mulanya menggelar beliau kerap keluar posisi (off-position)ataupun sesat.

Anda boleh lihat koleksi bantuan gol (assist) oleh Pavel Nedved di bawah ini. Anda akan dapati peranan dia adalah peranan yang dimainkan Ozil pada hari ini. Nedved, perancang dari masa depan?

Di EPL baka ini sebenarnya sudah ada sebelum kedatangan Ozil ke Arsenal. Pada 2010 Ashley Young ketika di Aston Villa antara pemain yang paling efektif untuk bermain sistem ini.

Kehadiran Gerard Houllier telah meletakkan beliau sebagai pemain no.10. Menariknya, Ashley Young kerap ke bahagian sayap kiri dan kanan.

Ada pengulas mulai melabel Young seakan-akan tidak mahu melepaskan posisi sayap kepada pemain lain sedangkan dia sudah ditugaskan menjadi pemain tengah menyerang dan kadangkala no.10.

Ia berbeza dengan no.10 sebenar ataupun pemain tengah menyerang yang klasik di mana mereka akan cuba mempertahankan zon 14 ataupun poket, iaitu kawasan di belakang penyerang.

Ini adalah apa yang dikatakan Houllier kepada wartawan The Guardian pada 2010 yang dimuat dalam artikel mereka Ashley Young’s new Villa role will make his name, says Gérard Houllier.

Ramai juga yang menyifatkan Houllier agak gila. Namun hasilnya agak luar biasa. Itu yang menjadikan beliau pemain rebutan kelab besar dan akhirnya ke Manchester United.

Jose Mourinho Dan Central Winger

Jose Mourinho sangat berjaya menggunakan Wesley Sneijder yang bermain peranan ini ketika di Inter Milan. Pemain penting ketika mereka memenangi treble.

Selepas Jose Mourinho menyertai Real Madrid, beliau enggan mengganggu Inter Milan ataupun cuba membawa balik Sneijder ke Bernabeu.

Apa yang dilakukan Mourinho adalah, dia membawa pemain no.10 dari Werder Bremen iaitu Mesut Ozil dan mengarahkan beliau bermain peranan central winger ataupun pemain sayap tengah.

Jadi tidak hairanlah Mourinho pernah menjual Juan Mata ketika di prestasi kemuncak semasa di Chelsea atas alasan konflik sistem. Mata boleh bermain di sayap dalam sistem 4-3-3.

Namun apabila diarahkan untuk bermain central winger dari zon 14, dia agak lemah. Mungkin kini Jose Mourinho sedang menggilap Henrik Mkhitryan untuk peranan ini?

Wayne Rooney juga antara pemain yang ada ciri-ciri central winger yang tinggi. Anda pasti masih ingat ketika Mourinho mengarahkan Pogba untuk bermain peranan no.10. Adakah beliau cuba menguji Pogba untuk peranan ini?

Sukar untuk meramal kerana United masih belum ada formasi dan taktikal yang konsisten setakat ini. Sama-sama kita tunggu.

Isu Ruang Dalam Bola Sepak Moden

Dalam bola sepak moden, taktikal menjadi sangat kompleks. Pasukan lawan juga menyediakan pelan pertahanan yang sangat sistematik untuk mengekang pemain-pemain tertentu.

Jadi, pengurus seperti Mourinho, Jurgen Klopp serta Manuel Pellegrini mulai menggunakan formula untuk menambahkan varian dalam aspek perancang (playmaking).

Kualiti seperti Ozil, Gotze dan Silva diperbaiki. Ketika ini, formasi 4-2-3-1 menjadi sangat popular kerana ia sangat berintergrasi dengan sistem central winger.

Ini adalah contoh pergerakan perancang no.10 ataupun attacking midfielder classic. Mereka lebih fokus untuk bergerak di sekitar kawasan poket / zon 14.

Ini pula orientasi gerakan central winger.

Di bawah ini saya sertakan contoh bagaimana taktikal Mourinho di Real Madrid dengan Mesut Ozil.

Dan ini pula ketika Ozil berada di kawasan kegemaran beliau sebelah kiri.

Apa Beza Dengan Inside Forward Dan Free Role No.10?

Ini adalah isu yang kerap dibangkitkan. Inside forward merujuk kepada pemain yang bermain di bahagian sayap dengan kaki songsang. Mereka dari kawasan sayap masuk ke dalam.

Contoh paling popular adalah Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Eden Hazard.

Manakala central winger pula, dari tengah pergi ke bahagian sayap

Free role no.10 pula peranan no.10 moden yang anda biasa lihat pada Ronaldinho ketika di Barcelona. Mereka lebih liar daripada central winger dan fokus mereka adalah zon 14.

Kesimpulan

Ia adalah peranan yang semakin digemari oleh ramai pengurus. Variasi ini tidak bermaksud baka (breed) no.10 klasik dan no.10 tulen moden terancam.

Ini kerana tidak semua sistem sesuai dengan peranan ini. Peranan ini sebenarya boleh diwujudkan oleh jurulatih atas kehendak mereka. Misalnya Phillip Coutinho di Liverpool serta David Silva di City.

Mereka akan bermain peranan ini jika diperlukan dan boleh bermain peranan no.10 sebenar. Itu yang berlaku pada Ashley Young ketika di Villa dan Mesut Ozil ketika di Real Madrid.

Ozil sebelum itu adalah no.10 tulen. Young pula pemain sayap kiri

Di negara kita contoh yang berpotensi ada ciri-ciri ini adalah Amri Yahyah dan Ismail Faruqi. Namun, takrifan yang lemah membuatkan 2 pemain ini gagal diberikan label sebagai pemain sayap tengah ketika era kemuncak mereka.

Mereka selesa di belakang penyerang dan bergerak aktif ke bahagian sayap dan kembali semula ke tengah.

Namun sayangnya, pembangunan mereka tidak cukup kompleks dan banyak bermain untuk peranan seperti penyerang, attacking midfielder, no10 ataupun pemain sayap biasa.

Ingat! Peranan ini biasanya wujud atas kehendak taktikal. Jika tidak, ia akan mewujudkan disjointed (isolasi) di antara pemain dan konflik posisi, tiba tiba berebut untuk berada di sayap.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Tekanan Lemah Pertahanan Manchester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN