Dalam keghairahan kita untuk menyambut sepak mula Piala Dunia 2014 di Brazil, majoriti rakyat Brazil tidak rasa sebegitu.
Kos menaiktaraf Stadium Maracanã boleh menampung kos membina 200 sekolah di Brazil. Sekolah yang sedia ada sangat teruk kemudahannya. Guru-guru sekolah di Rio de Janeiro mogok perasaan meminta gaji dan infrastruktur yang lebih baik.
Hospital dan klinik masih lagi sangat kurang berbanding populasi penduduk yang bertambah. Sistem pengangkutan awam semakin membebankan rakyat dengan kenaikan harga tiket bas, tren dan metro. Kadar jenayah meningkat. Kadar kemiskinan tegar meningkat. Jurang antara kaya dan miskin semakin jauh.
Apabila kos kemudahan untuk Piala Dunia 2014 sudah 4 kali lebih besar dari kos Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, rakyat Brazil marah. Mereka hairan duit negara yang banyak digunakan untuk hiburan dan pelancongan, bukannya untuk kemudahan asas rakyat Brazil sendiri.
Rakyat menyalahkan kerajaan yang mengamalkan rasuah sehingga kos pembinaan stadium meningkat berganda-ganda dari sepatutnya. Kerajaan Brazil bertindak balas dengan menghantar polis anti-rusuhan dan gas pemedih matanya. Rakyat Brazil bertindalk balas dengan gerakan ‘V de Vinagre’ atau ‘V for Vinegar’. Vinegar atau cuka adalah penawar gas pemedih mata.
Kita yang kat sini masih bersembang pasal coklat Cadbury.
Kredit: AFP