Mengapa Sepp Blatter Meletakkan Jawatan?

Ada sesuatu yang pelik sedang berlaku.

Hanya selepas 4 hari memenangi pilihanraya presiden FIFA bagi penggal ke-5 berturut-turut sejak 1998, Sepp Blatter mengumumkan perletakkan jawatannya.

Apa yang sedang berlaku?

Jika anda:

  1. tidak tahu apa-apa tentang skandal rasuah FIFA
  2. tahu FIFA itu kotor tetapi tidak boleh menjelaskan skandal rasuah FIFA dari A sampai Z
  3. ingat FIFA itu adalah kawan anda yang selalu dimaki di Twitter

I-am-not-a-Football-Association

…anda perlu baca artikel kami sebelum ini. Kami menjelaskan segala isi yang perlu anda tahu tentang skandal rasuah FIFA.

Baca: Tak Tahu Apa-apa Tentang Skandal Rasuah FIFA? Baca Ini

Sepp Blatter menang pilihanraya 

BHHrKwL

2 hari sebelum pilihanraya presiden FIFA dijalankan, pihak berkuasa Amerika Syarikat menahan 9 pegawai FIFA dan 5 eksekutif korporat syarikat sukan atas dakwaaan rasuah, menggelapkan duit dan mengelak cukai.

Kes ini memberi tekanan kepada Sepp Blatter. UEFA mengancam untuk keluar dari FIFA. England FA mengancam untuk memboikot Piala Dunia.

Tetapi disebalik tekanan media dan UEFA, Sepp Blatter masih dijangka akan menang pilihanraya presiden FIFA. Mengapa?

Kerana Sepp Blatter menerima sokongan padu daripada ahli-ahli FIFA dari benua Afrika dan Asia. Berdasarkan apa yang berlaku pada 2010 ini, kami merasakan Sepp Blatter juga menerima undi daripada Malaysia.

Dan Sabtu lepas, Sepp Blatter mempertahankan jawatannya selepas menewaskan Putera Jordan, Ali bin al-Hussein dengan 133 undian, berbanding 73 undi yang diperolehi Ali.

Kejutan dari Amerika Syarikat

lynch

Perkara yang paling mengejutkan peminat bola sepak adalah penglibatan negara paling tidak disangka-sangka – Amerika Syarikat – dalam sukan yang mereka tidak fanatik pun – bola sepak.

Sebelum ini, semua orang tahu FIFA itu kotor dan penuh dengan gejala rasuah. Tetapi kekurangan bukti membuatkan pegawai FIFA terlepas dari muka pengadilan.

Tetapi semua ini berubah apabila IRS (macam LHDN untuk Amerika Syarikat) menangkap Charles ‘Chuck’ Blazer, pegawai FIFA dari Amerika Syarikat yang menerima jutaan USD duit rasuah – sehingga mampu menyewa apartmen mewah di Menara Trump (milik Donald Trump) di New York untuk KUCINGNYA!

Chuck Blazer kemudiannya disiasat oleh FBI. Untuk mengurangkan hukumannya, Blazer bekerjasama dengan FBI dengan memberi lebih banyak bukti gejala rasuah sehingga membawa kepada pendakwaan 9 pegawai FIFA dan 5 eksekutif korporat syarikat sukan.

Respon pegawai FIFA

Bukti yang diberi Chuck Blazer membolehkan FBI membuka kertas dakwaan setebal 164 muka surat yang mengandungi bukti pegawai FIFA melakukan rasuah.

Antara kandungan kertas dakwaan itu adalah petikan kata-kata Jack Warner – salah satu pegawai FIFA yang didakwa – yang menyebut:

If you’re pious, open a church, friends. Our business is our business (Kalau anda alim sangat, bukalah gereja. Jangan menyibuk urusan [rasuah] kami)

Selepas Amerika Syarikat mengeluarkan kertas dakwaan, Jack Warner kemudiannya menghasilkan video – memetik kenyataan daripada akhbar bahawa cubaan mendakwanya adalah konspirasi oleh Amerika Syarikat untuk mendapatkan hak tuan rumah Piala Dunia 2015 daripada FIFA.

Tunggu sebentar.

Piala Dunia 2015? FIFA memberi hak tuan rumah kepada Amerika Syarikat? Bukankah ini semua merepek? Seolah-olah Warner memetik kenyataan ini dari akhbar yang merepek, bukan?

Rupa-rupanya Jack Warner memetik kenyataan tersebut dari The Onion – sebuah laman web berita palsu untuk tujuan satira!

jackwarneronion-compressed

Dalam konteks Malaysia, ia seolah-olah seorang menteri berjawatan tinggi membuat video dan memetik kenyataan Harian Metroll untuk membela dirinya!

Bukti baru rasuah

Baru 2 hari Sepp Blatter mempertahankan jawatannya sebagai presiden FIFA, media melaporkan Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke pernah memindahkan wang USD 10 juta ke akaun milik Jack Warner.

Wang tersebut dipercayai merupakan wang rasuah untuk menjadikan Afrika Selatan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2010.

Berita ini menambah lagi tekanan kepada Blatter, ketika ribut kes dakwaan 9 pegawai FIFA belum pun reda.

Akhirnya, semalam Sepp Blatter meletakkan jawatannya sebagai presiden FIFA – 4 hari selepas mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak 1998.

Mengapa Sepp Blatter meletakkan jawatan?

Menurut laporan BBC, nama Sepp Blatter sudah berada dalam kes dakwaan yang dibuka oleh Amerika Syarikat. Ini ada kaitan dengan perletakan jawatannya.

Beberapa jam sebelum namanya diumumkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, Sepp Blatter mengumumkan perletakkan jawatannya.

Jadi siapa yang akan menggantikan Sepp Blatter?

Pilihanraya baru akan berlangsung dalam masa 4 bulan. Sepp Blatter akan memilih calon penggantinya untuk bersaing dengan calon-calon presiden yang lain.

Dar kaca mata seorang pesimis (pessimist), semua gerakan ini sudah diatur dari awal.

Calon yang dipilih Blatter nanti adalah Blatter 2.0 – individu yang boleh dikawalnya seperti patung boneka.

puppetmaster1

Blatter tahu beliau takkan kekal lama sebagai presiden selepas kes rasuah pegawai FIFA dibuka oleh Amerika Syarikat. Tetapi beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan calon pengganti (patung bonekanya).

Dengan bertanding, menang dan meletakkan jawatan, Blatter mempunyai masa tambahan untuk menyediakan patung bonekanya.

Tetapi dari kaca mata seorang optimis (optimist), perletakkan jawatan Blatter kelihatan seperti tidak dirancang.

Ia kelihatan seperti Blatter meletakkan jawatan kerana beliau sendiri bakal dibawa ke muka pengadilan (sudah disahkan) atau syarikat-syarikat penaja mula memberi tekanan kepada FIFA untuk mengubah kepimpinan mereka.

Rumusan

Sama ada anda pesimis atau optimis, krisis FIFA ini bakal menentukan nasib dan status Piala Dunia 2022. Sebagai peminat bola sepak, Piala Dunia adalah bagaikan sosej. Kita tidak selesa melihat bagaimana sosej dibuat, tetapi kita masih suka rasanya.

Piala Dunia 2022 ditentang kerana layanan hak asasi manusia Qatar yang teruk terhadap buruh asing mereka terutama dari Asia Selatan. Tetapi FIFA seperti tidak mempedulikan semua ini.

1272107361991424870

 

Pemain bola sepak wanita pula sudah lama menentang perlawanan Piala Dunia Wanita 2015 diadakan di padang rumput sintetik. Tetapi tentangan mereka tidak dipedulikan oleh FIFA.

Daripada mendengar keluhan pemain, Sepp Blatter mahu pemain bola sepak wanita yang bertanding dalam Piala Dunia Wanita 2015 memakai seluar yang lebih pendek dan ketat.

Perletakkan jawatan Sepp Blatter ini membuka bakal kemungkinan baru kepada FIFA. Ada kemungkinan juga FIFA akan kekal kotor seperti keadaannya sejak 3 dekad lepas.

Ianya bergantung sama ada anda seorang pesimis atau optimis.

 

Baca juga: 10 Pemain Terbaik Eropah Musim 2014/2015

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN