Mengapa Saya Berpendapat Pemberian Bonus Kepada Pasukan Kebangsaan Adalah Wajar

Baru-baru ini, Presiden FAM telah meletakkan cabaran kepada pemain-pemain kebangsaan untuk bankit dan bersaing menentang pasukan Hong Kong.

Dalam perbualan video beliau bersama pasukan kebangsaan, beliau telah mengumumkan bahawa setiap pemain bakal menerima wang bonus sebanyak RM 30,000 sekiranya dapat menewaskan Hong Kong dalam perlawanan kelayakkan Piala Asia.

Perlawanan ini sangat penting untuk menentukan sekiranya pasukan negara secara realistik mempunyai peluang untuk mara ke kejohonan Bolasepak Asia 2019.

Semestinya terdapat pelbagai reaksi terhadap pengumuman bonus tersebut. Ada yang menyokong, ada yang tidak, dan ada juga yang sinis dalam diam memikirkan adakah janji wang bonus itu mampu memberikan suntikan semangat kepada pemain kebangsaan untuk mencipta kemenangan.

Di sini saya ingin bincangkan baik dan buruk tawaran bonus kepada pasukan kebangsaan.

Pertama sekali yang perlu diingati, pemain bolasepak professional adalah seperti professional lain dalam apa-apa bidang, mereka seharusnya dibayar untuk khidmat serta kepakaran mereka.

Dalam mana-mana industri, pembayaran bonus adalah perkara biasa tetapi selalunya diberikan pada akhir tahun kewangan syarikat berdasarkan prestasi kewangan syarikat pada tahun tersebut. Untuk atlet professional, lazimnya bonus diberikan apabila sesuatu kejayaan yang besar atau signifikan dicapai.

Perlu juga diingati bahawa pemain-pemain yang dipanggil untuk mewakili Malaysia tidak menerima gaji daripada FAM, gaji mereka dibayar oleh kelab masing-masing.

FAM cuma memberikan elaun harian serta elaun perlawanan untuk pemain. Elaun yang diberikan adalah sama kepada semua pemain dan jika dibandingkan dengan gaji bulanan yang diterima, ia bukanlah jumlah yang begitu besar.

Oleh demikian, FAM serta kebanyakkan federasi kebangsaan menggunakan penawaran bonus perlawanan sebagai kaedah untuk menyuntik semangat serta meyakinkan pemain bahawa usaha dan pengorbanan mereka berbaloi.

Ini kerana bermain untuk pasukan kebangsaan adalah satu tanggungjawab yang besar dimana harapan seluruh negara terpaksa dipikul diatas bahu mereka.

Kita juga harus mengkaji konteks perlawanan tersebut untuk menilai sekiranya tawaran bonus yang diberikan adalah wajar. Antara hujah yang perlu kita ambil untuk peniliain adalah:

1. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan kelayakkan Piala Asia 2019. Oleh yang demikian, status perlawanan Ini lebih tinggi daripada mana-mana perlawanan perlawanan Piala Suzuki AFF, Sukan Sea atau perlawanan persahabatan ‘A’ yang lain. Perlawanan ini juga menawarkan mata ranking yang lebih kerana statusnya sebagai perlawanan kelayakkan Piala Asia.

2. Hong Kong merupakan pasukan yang rankingnya lebih baik daripada Malaysia dan adalah dibawah ranking 150. Ini bermakna keputusan menang atau seri akan memberikan impak kenaikan mata ranking FIFA yang banyak.

3. Sekiranya menang perlawanan ini pasukan Malaysia akan berada dalam keadaan dimana kelayakkan ke Piala Asia 2019 masih realisik dan mampu dicapai.

4. Malaysia adalah pasukan pelawat dan bermain di tempat lawan dimana pasukan kebangsaan tidak ada ‘home advantage’ dan bantuan penyokong.

Berdasarkan faktor-faktor ini, penulis ini berpendapat langkah FAM untuk menawarkan bonus kemenangan kepada pemain adalah wajar dan tepat sekiranya FAM mampu untuk membayar bonus tersebut tanpa memberi impak kepada kedudukan kewangan FAM.

Penulis juga berpendapat bahawa system pembayaran bonus perlawanan harus dinilai semula sebelum setiap perlawanan berdasarkan konteks perlawanan tersebut sepertimana yang telah dilakukan.

Namun begitu, kita maklum bahawa walaupun bonus telah ditawarkan, kemenangan tidak dapat dicapai. Ini menunjukkan bahawa solusi kepada prestasi pasukan kebangsaan bukanlah dalam pemberian bonus tetapi seharusnya mempunyai pelan jangka masa panjang untuk meningkatkan kualiti kesuluruhan bolasepak Malaysia.

Di sinilah penulis berharap pihak FAM dapat memberi sedikit pencerahan mengenai rancangan jangka masa panjang untuk kita mampu beraksi di Piala Asia 2023 atau 2027.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Sayf Ismail, penyokong tegar bola sepak Malaysia dan bekas Ketua Jabatan Pemasaran & Tanggungjawab Sosial FAM antara 2014-2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN