Darren Bent percaya yang Reece James ketika ini sedang benar-benar mencabar Trent Alexander Arnold untuk menjadi pemain right-back terbaik dalam saingan Premier League.
James berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists ketika membantu Chelsea menewaskan Arsenal 2-0 malam semalam.
Beliau mencatatkan assists untuk gol jaringan Romelu Lukaku yang melengkapkan debut keduanya bersama Chelsea dengan sangat cemerlang.
'I think Reece James is pushing Trent Alexander-Arnold in terms of being the best right-back,' says Darren Bent #CFC https://t.co/THoccW3QOj
— talkSPORT (@talkSPORT) August 23, 2021
Pemain kebangsaan England yang turut disenaraikan dalam skuad kendalian Gareth Southgate pada musim panas lalu itu, diturunkan untuk bermain sebagai wing back dalam sistem Thomas Tuchel.
Ketika aksi bertemu Arsenal di Emirates malam semalam, beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Dan walaupun Alexander Arnold turut mencatatkan assists ketika aksi kemenangan 2-0 Liverpool menewaskan Burnley, Bent percaya yang James sedang mencabar rakan senegaranya itu.
“Saya sangat yakin yang Reece James kini sedang memaksa Trent (Alexander Arnold) untuk bersaing menjadi pemain right-back terbaik.”
That Reece James performance today was extremely good.
Mad how every fullback builds their game around Trent Alexander-Arnold now.
Trend setter. Changed the way fullbacks will be looked at, forever.
— 𝑾𝒊𝒍𝒄𝒐🧣 (@WilcoFtbl) August 22, 2021
Jelas bekas pemain penyerang dalam saingan Premier League itu kepada talkSPORT.
“Setiap kali saya nampak Reece James bermain… Saya faham sesuatu, Trent dengan hantaran dia, memang tak ada sesiapa lebih bagus dari dia, tapi hantaran dia tidak begitu jauh bagusnya dari yang lain. Dan dari segi bertahan, Reece James lebih bagus.”
Bercakap berkait gol jaringan Reece James, Bent kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
“Itulah pemain full-back era modern ini. Lihat pada Trent, tengok dia (Reece James), Trippier juga sering lakukan hal itu.”
Bent raves about James and says where Chelsea star is 'better' than Alexander-Arnold https://t.co/9YploLSbiJ via @NewsNowUK
— Lynn Hamer (@evilbluebird) August 22, 2021
James boleh dikatakan beraksi dalam semua perlawanan dibawah kendalian Thomas Tuchel kecuali ketika aksi bertemu Wolves (perlawanan pertama Tuchel) dan ketika aksi kemenangan bertemu Villarreal dalam saingan UEFA Super Cup baru-baru ini.
Ia jelas menunjukkan yang pengurus dari Jerman itu meletakkan kepercayaan penuh pada pemain pertahanan berusia 21 tahun itu.
Beliau pernah bermain di posisi centre-back kanan ketika beraksi di bawah kendalian Thomas Tuchel, namun James mendedahkan yang beliau sangat gembira ketika dibenarkan untuk membantu jentera serangan dan naik ke bahagian atas.
“Saya bermain di posisi centre-back kanan beberapa kali ketika di akademi, jadi posisi itu bukan baru untuk saya.”
Jelas pemenang Champions League musim lalu itu kepada talkSPORT ketika temu bual Euro 2020 sebelum ini.
“Posisi itu agak berbeza dari wing-back, kamu tak boleh betul-betul naik ke atas. Di posisi wing-back, kamu akan dibenarkan untuk naik ke atas dan membantu jentera serangan.”
15’: Assist
35’: GoalReece James doing it all at the Emirates 🔥 pic.twitter.com/siN7cQ5fGE
— B/R Football (@brfootball) August 22, 2021
“Tapi di bahagian kanan dengan tiga pertahanan, pergerakan kamu agak terbatas, kamu ada batasnya untuk bergerak ke mana dan tindakan kamu juga perlu dibataskan.”
Satu gol dan satu assists yang beliau catatkan ketika beraksi bertemu Arsenal membantu Chelsea untuk menewaskan Gunners 2-0, seterusnya mendaki ke puncak saingan liga dengan mengutip enam mata.