False fullback mungkin konsep taktikal yang masih asing dalam konteks bola sepak Malaysia. Tetapi dalam bola sepak Eropah, ia sudah menjadi identiti pasukan-pasukan besar seperti Bayern Munich dan Manchester City.
Salah satu sebab false fullback mula digunakan oleh kedua-dua pasukan ini adalah pengaruh Pep Guardiola semasa menjadi ketua jurulatih dua pasukan ini. Menyedari semakin banyak pasukan mengamalkan corak permainan ultra-defensif ketika menentang pasukannya, Guardiola mengarahkan bek kanan dan kiri beliau untuk bermain sebagai pemain tengah ketika pasukannya berada dalam fasa menyerang.
Juga dikenali dengan nama inverted fullback, false fullback turut menjadi ikutan jurulatih-jurulatih yang mengikuti falsafah bola sepak Guardiola.
Tetapi di Manchester City, Guardiola tetap menggunakan false fullback ketika menentang Liverpool yang gemar menyerang. Persoalannya mengapa?
Bagaimana false fullback bermain? Apa yang mereka lakukan ketika fasa menyerang? Bagaimana mereka bertahan ketika pasukan mereka hilang bola? Mengapa Guardiola tetap menggunakan false fullback ketika menentang pasukan menyerang seperti Liverpool?
Untuk menjawab soalan ini, kami serahkan kepada editor kami, Axello untuk menjelaskannya.