Pengerusi Peterborough United iaitu Darren MacAnthony percaya Liverpool sebenarnya lebih berbaloi untuk mendapatkan khidmat Ivan Toney, daripada membazirkan £85 juta untuk penyerang Uruguay, Darwin Nunez.
Ketika ini, pelbagai perdebatan telah pun disuarakan oleh pemerhati bola sepak mengenai tindakan Liverpool yang mengeluarkan sejumlah besar wang untuk mendapatkan Nunez.
Peterborough chairman Darragh MacAnthony: “Let me ask you the next question. Darwin Nunez, £85m, 23, Ivan Toney, 26. Who is the better number nine?”
"You’re telling me an Ivan Toney in Liverpool’s team wouldn’t score 25 goals with those full-backs delivering. Come off it!” pic.twitter.com/AibOYLCyB8
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) September 7, 2022
MacAnthony salah seorang pemerhati bola sepak yang mengkritik mengenai pemain baharu Liverpool itu dan percaya Ivan Toney mampu memberikan lebih baik buat serangan kelab tersebut.
Jelas beliau, pemain kelahiran England itu mampu beroperasi selaku ‘pemain nombor sembilan’ lebih berkualiti untuk meledak lebih banyak gol berbanding Nunez.
Toney yang sebelum itu pernah beraksi bersama Peterborough United pada tahun 2018-2020 telah membuktikan ketajaman beliau dengan 40 gol terhasil daripada 76 perlawanan, sebelum menyertai Brentford.
“Biar saya tanya awak satu soalan, Darwin Nunez kini berusia 23 tahun dan berharga £85 juta, manakala Toney pula berusia 26 tahun dan sudah terbukti dalam saingan English Premier League, mana satu lebih baik?
“Nunez mungkin sedang menjalani karier beliau dengan baik ketika ini. Beliau sudah pun beraksi dengan baik setakat ini bersama pasukan.
“Liverpool gemar bermain secara ‘direct’, ini bukan satu gurauan. Boleh dikatakan semua gol mereka terhasil menerusi hantaran lintang sahaja daripada pertahanan.
“Jadi, anda menyatakan Toney juga tidak mampu untuk menghasilkan sekurangnya 25 gol untuk Liverpool jika mempunyai rangkaian pertahanan yang mampu memberi hantaran lintang seperti itu?,” tanya beliau menerusi Sport Bible.
🎶 Toney and Bryan Mbeumoooooooooo#BrentfordFC | #BRELEE pic.twitter.com/mwLt7Jiowp
— Brentford FC (@BrentfordFC) September 3, 2022
Mempunyai ketinggian 1.85 meter serta kekuatan fizikal yang bagus, menjadikan Toney kini sebagai antara penyerang berbaka ‘target men’ terbaik dalam saingan liga ketika ini.
Walaupun begitu, Toney juga membuktikan selain kekuatan fizikal dan ketinggian dimiliki beliau, dirinya juga mampu untuk meledak gol jarak jauh dengan sangat baik dan mempunyai kepakaran mengambil sepakan bebas.
Sejak Brentford menyertai saingan EPL pada musim lalu, Toney sudah pun membuktikan ketajamannya menerusi 17 gol serta tujuh bantuan jaringan yang membolehkan pemain ini mudah untuk didekati pasukan-pasukan besar lain.
Namun, dikhabarkan nilai harga perpindahan Toney juga tidak murah apabila kelab tersebut meminta sekurangnya £40 juta untuk khidmat bekas penyerang Wigan Athletic ini.
Liverpool masih lagi tidak dapat melihat impak terbaik penyerang baharu mereka itu setelah Nunez hanya meledak satu gol setakat ini dalam tiga perlawanan dihadapi mereka.
A first appearance in Liverpool red at Anfield for @Darwinn99 tonight 😍#LIVCRY pic.twitter.com/2840Z5lM4g
— Liverpool FC (@LFC) August 15, 2022
Lebih parah, Nunez juga terlepas tiga perlawanan setelah digantung akibat layangan kad merah kerana mencederakan pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen.