Quantcast

BERITA

Mengapa Kita Semua Ini Bandwagon Fans Sebenarnya

ed76953ff1cc2dd66aad5cbae4968c5582ebcefa961686784e779ec19758cfe8

Kalau dilihat di Malaysia, rata-rata remaja belasan tahun yang menonton bola sepak meminati Man Utd. Masakan tidak. Mereka membesar di zaman kegemilangan Cristiano Ronaldo, Park Ji-Sung, Nani dan Wayne Rooney mengecapi trofi UEFA Champions League.

Ketika generasi 20-an memanggil Cristiano Ronaldo sebagai Ronaldo, mereka memanggilnya sebagai CR sehingga menyampah abang-abang berumur 25 tahun ke atas mendengarnya.

Ada sebab mengapa Man Utd adalah kelab yang mempunyai sokongan global terbesar di dunia. Golongan 70-an mempunyai Denis Law, George Best dan Bobby Charlton sebagai hero mereka. Golongan 40-an mempunyai Bryan Robson. Golongan 30-an dan 20-an mempunyai memori UCL ’99 sebagai kenangan.

Pendek kata, untuk meraih sokongan peminat global sesebuah kelab perlu berjaya.

Ini antara sebab mengapa majoriti penyokong Liverpool di Malaysia berusia antara lewat 20-an dan 30-an, majoriti penyokong Chelsea membesar dengan poster Ruud Gullit di bilik mereka, majoriti penyokong Arsenal rindukan era 90-an dan jumlah penyokong Man City naik mencanak selepas diambil alih oleh kumpulan Arab Badwi.

Tetapi dalam banyak-banyak fan, bandwagon fan seringkali dikutuk seperti Edward.

Fenomena ‘bandwagon fan’ adalah perkara biasa dalam bola sepak. Lahir di Johor tetapi sokong Selangor kerana ‘pernah duduk’ Selangor 2 tahun. Sokong Man Utd tetapi tidak kenal James Wilson dan Andreas Pereira. Sokong Barcelona tetapi tidak tahu Xavi dan Iniesta tidak bercakap bahasa Sepanyol dalam pertuturan harian.

5fans9

Man-City-Chelsea-Fan

Bandwagon fan atau tidak, kita semua sama sahaja. Kita menyokong kerana pasukan kita adalah pasukan yang berjaya. Jika anda mahu mengutuk bandwagon fan seperti Edward, soal diri anda sendiri.

Mengapa anda sokong pasukan bola sepak anda?