Mengapa Keputusan Selangor Ikat Tan Cheng Hoe Dianggap Tepat?

Semalam, Selangor telah pun mengumumkan jurulatih baharu mereka iaitu Tan Cheng Hoe untuk menggantikan khidmat pengendali sementara, Nidzam Jamil bagi memperkukuhkan kembali pasukan tersebut musim hadapan.

Seperti diketahui, Cheng Hoe bukan lagi satu nama asing dalam bola sepak negara apabila kemampuan beliau telah terbukti ketika memimpin Kedah Darul Aman (KDA) suatu ketika dan pernah menaikkan kembali mutu skuad kebangsaan.

Bersama KDA pada pertengahan musim 2014, Cheng Hoe berjaya mengejutkan ramai pemerhati bola sepak tempatan apabila membawa kelab yang dibimbing beliau ketika itu dalam saingan Liga Premier melangkah ke pentas suku akhir Piala Malaysia.

Kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih selepas itu mula menjadi sebutan dengan barisan pemain yang terhad dimiliki Cheng Hoe ketika itu juga berjaya membawa pasukan kendaliannya ke saingan Liga Super pada tahun 2015.

Musim hadapan bersama Selangor, dijangka lebih banyak perubahan menarik mampu dicipta pengendali berpengalaman tersebut untuk menaikkan kembali pasukan itu sebagai salah satu gergasi di Malaysia.

Lebih banyak bakat-bakat muda dapat diperkenalkan

Seperti diketahui, Selangor mempunyai barisan pemain-pemain muda berpotensi besar untuk digilap sebelum mendapat tempat untuk bersaing bersama tonggak-tonggak senior di kelab ‘feeder’ mereka.

Cheng Hoe yang dikenali ramai merupakan seorang jurulatih yang gemar memberi peluang kepada bakat-bakat muda ini untuk mencipta nama dan relevan untuk mendapat tempat dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

https://twitter.com/flyingeze/status/1192420820901085186?s=21&t=Kvr6Ab4Vkpmx6VNJPI0lLg

Antara nama-nama pemain muda yang berjaya dibentuk beliau suatu ketika bersama KDA seperti Hanif Dzahir, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad, Ifwat Akmal serta beberapa lagi.

Sumber kewangan Selangor kukuh

Umum diketahui Selangor antara pasukan tidak mempunyai masalah kewangan dan mempunyai sumber yang sangat kukuh dalam saingan Liga-M.

Menerusi kelebihan tersebut, Cheng Hoe dijangka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan pemain tempatan atau import pilihannya yang berkualiti pada masa akan datang untuk terus memperkukuhkan empayarnya.

Pengurusan Selangor juga dilihat antara terbaik ketika ini dan pastinya memberi lebih banyak ruang buat Cheng Hoe untuk membuat keputusan dan tidak berdepan banyak kekangan untuk menerapkan DNA miliknya buat pasukan.

Pakar pemilihan pemain import

Sejak beberapa musim ini, Selangor berdepan dengan masalah prestasi pemain import mereka yang dilihat kurang memberansangkan dalam saingan liga.

Perkara tersebut jelas dibangkitkan sendiri oleh segelintir penyokong Selangor yang kurang berpuas hati mengenai kualiti pemain import pasukan tidak begitu memberi impak.

Namun, perkara tersebut dilihat boleh diatasi apabila rekod Cheng Hoe dalam mendapatkan pemain import berkualiti sudah terbukti ketika bersama KDA.

Nama-nama seperti Liridon Krasniqi, Sandro Mendonca, Bang Seung-hwan, Shane Smeltz dan banyak lagi jelas memberi impak besar dalam taktikal diterapkannya sepanjang perlawanan dihadapi.

Kesimpulan

Apapun, para penyokong serta pengurusan Selangor perlu memberi masa dan ruang buat Cheng Hoe untuk menerapkan segalanya buat pasukan.

Kejayaan beliau ketika memimpin KDA suatu ketika juga tidak hadir pada hanya satu musim, tetapi beberapa waktu juga diperlukan sebelum namanya terus menjadi sebutan dalam kalangan penyokong kelab tersebut.

Bersama Selangor, segalanya tampak serba lebih baik buat Cheng Hoe untuk menyusun kembali skuad idamannya berdasarkan kewangan, pengurusan, dan barisan pemain lebih ramai.

Nidzam Jamil pastinya individu yang paling bertuah apabila bakal mempelajari sesuatu lebih berguna buat dirinya daripada salah seorang jurulatih berpengaruh dalam negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN