Satu hari selepas media memecahkan rahsia Tottenham Hotspurs yang sedang membuat bidaan kepada Son Heung-min, siapa sangka itulah titk mula keretakan hubungan antara dua kawan. Hakan Çalhanoğlu dan Son Heung-min.
Selepas kemenangan Leverkusen ke atas Lazio dalam play-off kelayakan Champions League, pengurusnya, Roger Schmidt, dipetik berkata ‘keputusan Son membuatkan kami sedih’.
“Son mengambil keputusan yang tidak ideal bagi pasukan kami.”
“Saya faham setiap pemain perlu memikirkan masa depan mereka. Dan mahu berpindah jika mereka merasakan masanya sesuai. Tiada salahnya. Inikan industri bola sepak.”
“Tapi ini satu kisah yang sedih. Kalaulah kisah ini mempunyai pengakhiran yang lebih baik.”
Jika Roger Schmidt sedih, Hakan Çalhanoğlu pula marah.
“Saya rasa dia mendapat nasihat yang salah. Saya dah mesej dia. Hubungi dia. Tapi dia tak jawab telefonnya. Saya sedih. Seluruh pasukan kecewa.”
“Bila anda berumur 23 tahun, sudah tentulah anda hormat bapa anda. Tetapi kadang kala anda perlu buat keputusan sendiri.”
Çalhanoğlu merujuk kepada bapa Son yang menasihatinya untuk pergi bermain di England.
Kritikan Çalhanoğlu terhadap bapanya memang tidak disenangi oleh Son. Untuk membalas komen Çalhanoğlu, Son memanggilnya ‘hipokrit’.
“Dah duduk dalam rumah kaca, janganlah nak baling batu pula.”
“Dia (Çalhanoğlu) perlu risaukan tentang dirinya dulu. Saya perlu berterima kasih kepada ejen saya yang mengikut nasihat bapa saya. Sekarang saya mahu tunaikan impian saya untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.”
Son adalah pemain paling penting dalam jentera serangan Leverkusen. Musim lepas, Son menjaringkan 17 gol. Termasuk 5 gol dalam Champions League.
Sumber: Kicker
Baca juga: JERMAN BAWAH-20 MEMPERKENALKAN TAKTIKAL BOLA SEPAK BARU