Mengapa Frank Lampard Terus Terbelenggu Dengan Kepa Arrizabalaga?

Kepa Arrizabalaga penjaga gol chelsea

Masalah utama Chelsea ketika ini adalah di benteng dan posisi penjaga gol utama yang diterajui Kepa Arrizabalaga. Ini adalah keutamaan yang perlu diselesaikan.

Pemburuan Kai Havertz dilihat tidak membawa apa-apa faedah untuk The Blues saat ini dan seharusnya mereka menggunakan dana tersebut untuk memperkukuhkan barisan belakang mereka, bukan terus berbelanja sakan mendapatkan penyerang.

Tersilap bawa ke Stamford Bridge?

Majoriti penyokong Chelsea pastinya bersetuju yang Kepa Arrizabalaga adalah punca kepada masalah namun, mengapa hingga ke saat ini, pengurus, Frank Lampard masih terus memberikan penjaga gol itu ruang dan peluang biarpun mengecewakan.

Semua sedia maklum, kos yang dikeluarkan Chelsea untuk membawanya masuk sebelum ini. Kepa Arrizabalaga menyertai skuad tersebut daripada Athletic Bilbao dengan yuran perpindahan yang ‘tidak masuk akal’ – dikatakan bernilai £71.6 juta.

https://twitter.com/utdleo_/status/1278428368963321856

Sejak musim 2018/19, Kepa Arrizabalaga menjadi tonggak utama pasukan namun, apa yang dipamerkannya kini, seakan-akan Chelsea dan tentunya Roman Abramovich telah tersalah berbelanja dengan membawanya ke Stamford Bridge tempohari.

Dengan peratus menyelamat terburuk di Premier League menurut FBref – 57.7% walaupun sudah memasuki musim kedua, Kepa Arrizabalaga ternyata bukanlah penjaga gol terbaik buat mereka. Dan kontraknya masih berbaki lima tahun.

Kepa Arrizabalaga antara penjaga gol terbaik

Pilihan Chelsea ketika itu adalah Alisson Becker yang menyertai Liverpool. Statistiknya tidak sebaik Alisson Becker dalam saingan Premier League dan juga berada jauh di belakang Thibaut Courtois – dan memburukkan keadaan, ia masih begitu musim ini.

Walaubagaimanapun, Frank Lampard jelas terbelenggu dengan apa yang berada di tangannya saat ini. Untuk meletakkannya di jendela perpindahan, Chelsea tampak bakal kerugian besar akibat pembelian yang tidak masuk akal sebelum ini.

Dengan dunia sedang melalui pandemik ketika ini, tiada mana-mana pasukan mahu mengeluarkan kos sebesar yang telah Chelsea belanjakan untuk mendapatkannya. Oleh itu, The Blues harus meletakkan kepercayaan penuh terhadapnya.

Ini kerana, menurut pemantau bakat penjaga gol, Dave Henderson, Kepa Arrizabalaga sebenarnya adalah penjaga gol yang memiliki refleks yang tinggi, sangat berani dan juga merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dengan ketangkasannya.

Masalah membuat keputusan

Jadi, di mana silapnya? Benteng terlalu rapuh? Frank Lampard yang diajukan persoalan tersebut selepas menyaksikan skuadnya tewas 2-3 kepada West Ham menyatakan, “Bukan masalah pertahanan. Kita membuat kesilapan ketika membina serangan.”

Beliau memilih untuk meletakkan kesalahan kepada keseluruhan pasukan sehingga menyebabkan Chelsea bolos tiga gol pada malam tersebut. Ini memperlihatkan yang Frank Lampard mungkin akan kekal dengan pilihan sedia ada di tangannya ketika ini.

Menurut pakar analisis, John Harrison, Kepa Arrizabalaga memiliki masalah membuat keputusan dan itu adalah salah satu aspek yang perlu diperbaikinya serta turut menjadi keutamaan untuk dipertingkatkan oleh barisan kejurulatihan Chelsea.

Harrison memberikan contoh, Kepa Arrizabalaga kerap meninggalkan posisinya dalam situasi satu lawan satu mendedahkan gawangnya untuk dibolosi. Daripada enam gol dilepaskannya, lima daripadanya adalah atas masalah tersebut.

Penutup

Penjaga gol berusia 25 tahun itu mampu beraksi cemerlang seperti yang dipamerkan dalam beberapa perlawanan seperti ketika menang ke atas Liverpool dan Everton sebelum ini namun, untuk mengekalkan konsistensi itu adalah masalahnya.

Berapa lama lagi harus Frank Lampard bertahan dengan Kepa Arrizabalaga dan mampukah segala objektif pasukan akan mampu digapai dengan masalah ini? Chelsea sudah dikaitkan dengan beberapa pengganti untuk posisinya.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Kepa Arrizabalaga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN