Alstonia Hilltop Homes merupakan kawasan perumahan baharu di Selangor yang sedang menjadi perhatian warga kota yang berkeluarga. Dan atas sebab-sebab tertentu, ia juga menarik minat sebuah kumpulan demografik yang khusus: peminat bola sepak.
Persoalannya mengapa?
Alstonia Hilltop Homes merupakan kawasan perumahan eksklusif yang mengandungi 214 unit kondominium dan 31 unit villa di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Kondominiumnya berkeluasan antara 1,000-1,400 kaki persegi. Setiap kondominium mempunyai 3-5 bilik beserta 2-4 bilik air dan 2-3 ruang parkir. Villa pula berkeluasan 3,500 kaki persegi, mempunyai 6 bilik dan 5 bilik air – dalam erti kata lain, cukup besar dan selesa untuk kehidupan sebuah keluarga.
Antara sebab mengapa Alstonia menjadi tumpuan peminat bola sepak adalah:
1. Dekat dengan pelbagai kemudahan
Dekat dengan hospital? Check. Dekat dengan sekolah untuk anak-anak? Check. Dekat dengan kelab golf? Check. Dekat dengan pusat beli-belah? Check. Dekat dengan MRT? Check.
Sebagai ketua keluarga, anda pastinya mahu mencari kediaman yang mempunyai akses dekat dengan kemudahan-kemudahan asas ini. Untuk hospital, ada Hospital Sungai Buloh, Thomson Hospital dan Tropicana Medical Centre. Pusat beli-belah ada 1 Utama, Atria, The Curve dan banyak lagi. Sekolah pula ada sekolah banyak pilihan sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa.
2. Dekat dengan banyak stadium
Ini penting. Peminat bola sepak di yang tinggal di Lembah Klang pastinya mahukan kediaman yang berdekatan dengan padang dan stadium bola sepak.
Akses berdekatan ke Lebuhraya PLUS, SPRINT, Guthrie dan LDP bermakna Alstonia mempunyai akses pantas ke New Camp (Bandar Utama), Stadium MBPJ (Kelana Jaya), Stadium Shah Alam (Shah Alam), Arena MPSJ (Subang Jaya), Stadium KLFA (Cheras) dan Stadium Nasional Bukit Jalil.
3. Perfect untuk berehat
Selepas penat bermain, perkara terakhir yang anda mahukan di rumah anda pastinya hiruk-pikuk kota raya. Di Alstonia, anda akan dikelilingi kehijauan alam semula jadi Bukit Rahman Putra – seolah-olah anda berada di rumah percutian.
Kemudian Alstonia turut mempunyai ketumpatan penduduk yang rendah (low density) dan sekuriti tinggi untuk menjaga privasi kehidupan anda sekeluarga.
4. Perfect untuk pemulihan kecederaan
Adat bermain, mesti akan cedera sekali-sekala. Apabila cedera, anda pasti mahukan kemudahan kolam renang, gimnasium dan sauna untuk memastikan kecergasan anda kekal optimum ketika cedera. Inilah yang bakal anda dapat di Alstonia.
5. Ada rebat 18%
Satu lagi sebab mengapa Alstonia menjadi pilihan adalah kerana pemberian rebat 18% kepada pemilik baru di bawah Kempen Milik Rumah (Home Ownership Campaign, HOC) yang dilancarkan oleh kerajaan kita.
Berita baiknya kepada anda yang membaca sekarang, rebat 18% ini masih lagi ditawarkan untuk anda jika membeli sekarang! Wang pendahuluan hanya serendah RM3,000.
Untuk maklumat lanjut tentang hartanah di Alstonia Hilltop Homes, anda boleh layari laman web di www.alstonia.com.my. Projek ini divisikan oleh MRCB Land. Hubungi kami di talian 03 – 27181771 sekarang!