Hanya enam hari sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Chelsea berdepan dengan situasi getir apabila penjaga gol utamanya Edouard Mendy mungkin bakal terlepas aksi penting terebut.
Dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan pasukannya tewas 2-1 kepada Aston Villa itu, Mendy mengalami kecederaan pada rusuk kanannya akibat hentakan pada tiang ketika cuba menghalang gol pembukaan Bertrand Traore pada penghujung babak pertama.
Penjaga gol berusia 29 tahun itu kemudian tidak kembali semula ke padang untuk aksi di babak kedua dan diganti oleh Kepa Arrizabalaga.
Thomas Tuchel provides injury update on Edouard Mendy as fear grips Chelsea ahead of Champions League finalhttps://t.co/3RbnYr6d0E pic.twitter.com/BuVBED2m1j
— Football Flakes (@OlasunkanmiIbik) May 23, 2021
Kelab London tersebut tentunya ternanti-nanti hasil keputusan imbasan yang akan dibuat oleh pasukan perubatan kelab bagi melihat sejauh mana tahap kecederaannya.
Sekiranya kecederaan tersebut serius, tugas untuk mengawal benteng terakhir The Blues tentunya akan digalas oleh Kepa walaupun beliau merupakan watak yang agak kurang digemari oleh penyokong.
Sejak tiba di Stamford Bridge selaku penjaga gol termahal dunia, pemain kelahiran Sepanyol itu gagal mencapai tahap yang diharapkan dan akhirnya kehilangan tempatnya kepada Mendy yang dibawa masuk dari Rennes dengan harga £22 pada musim panas tahun lalu.
Mendy telah mencatat 16 perlawanan tanpa bolos pada musim pertamanya di EPL. Rekod tersebut tentunya membuatkan Thomas Tuchel resah memikirkan jika terpaksa beraksi tanpa khidmatnya.
“Kita masih ada seminggu untuk bersedia dengan apa sahaja kemungkinan, kita tunggu dan lihat. Jika peluang [Mendy beraksi] itu ada, kita perlu berusaha dan lakukan apa sahaja untuk pastikan dia mengawal gawang kita pada Sabtu ini,” ujar Tuchel dalam sidang media selepas perlawanan.
Sekalipun tewas kepada Villa pada perlawanan hari terakhir, Chelsea menarik nafas lega kerana tetap marih slot ke UCL untuk musim depan selepas Leicester City tewas 4-2 kepada Tottenham Hotspur.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Leicester City Melopong, Dua Slot Terakhir UCL Jadi Milik Liverpool & Chelsea
Gol Ke-41 Pada Minit Akhir Perlawanan Terakhir, Lewandowski Padam Rekod 49 Tahun Gerd Muller
5 Fakta Menarik Perhatian Kejayaan Atletico Madrid Juarai La Liga