Menderita Masalah Paru-Paru, Kimmich Akui Menyesal Tak Ambil Vaksin

Joshua Kimmich Vaksin

Pemain serba boleh Bayern Munich, Joshua Kimmich mengakui beliau menyesal kerana enggan mengambil vaksin selepas didiagnos dengan masalah paru-paru yang bersangkutan dengan jangkitan Covid-19.

Kimmich telah disahkan positif pada bulan lalu dan pasukan perubatan kelab mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu akan diketepikan sekurang-kurangnya sehingga awal tahun depan.

Malah pemain antarbangsa Jerman berkenaan masih belum dapat menyertai latihan pasukan sehingga hari ini.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1470093372807385089?s=20

Ketika ditanya oleh media Jerman mengenai keengganannya untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum ini, Kimmich menjelaskan ia berpunca daripada keraguannya.

“Sukar untuk saya tangani kerisauan dan kebimbangan dalam diri ini, itulah sebabnya saya ragu-ragu dan tidak dapat membuat keputusan untuk sekian lama,” ujarnya kepada siaran ZDF.

Kimmich mendedahkan keadaan kesihatannya ketika ini dalam keadaan baik, namun tidak boleh memaksa tubuh badannya melakukan aktiviti berat disebabkan penyusupan pada paru-parunya.

Sebaik sahaja Kimmich mengatakan beliau akan mengambil vaksin selepas ini, Menteri Sains dan Pendidikan Jerman, Bettina Stark-Watzinger dalam ciapannya mendakwa ia merupakan “satu keputusan bijak”.

“Sebagai pemain bola sepak profesional dan juga pemain kebangsaan, dia merupakan contoh ikutan buat ramai orang. Vkasin adalah jalan keluar daripada wabak ini.” ujar Bettina.

Kimmich merupakan pemain yang cukup disayangi oleh peminat sama ada di peringkat kelab mahu pun negaranya disebabkan kemampuannya untuk beraksi dengan baik di posisi pertahanan dan tengah.

Beliau telah diarahkan untuk menjalani kuarantin pada awal November lalu ekoran menjadi kontak rapat kepada kes positif dan kemudian disahkan dijangkiti wabak berkenaan. Ia menyebabkan beliau banyak terlepas perlawanan penting pada musim ini.

“Nampaknya saya perlu bersabar sedikit lagi. Saya hanya dapat menonton baki perlawanan tahun ini di kerusi sofa rumah saya dan. Saya akan kembali pada bulan Januari nanti.” ujar Kimmich menerusi hantaran dalam akaun Instagram miliknya.

Isu tidak mengambil vaksin dalam kalangan pemain bola sepak profesional bukanlah asing disebabkan kepercayaan kepada teori konspirasi dan apa sahaja yang ditulis di media sosial.

Apakah Punca Ramai Pemain Premier League Jadi Anti Vaksin?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN