Menang Tanpa Bertanding, YB Khalid Samad Dipilih Presiden Baharu KLFA

Khalid Samad

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bakal mendapat nafas baharu apabila Yang Berhormat (YB) Khalid bin Abdul Samad telah dilantik sebagai Presiden selepas beliau menang tanpa bertanding pada Kongres ke-32 badan induk itu.

Keputusan yang mendapat persetujuan sebulat suara ahli gabungan tersebut menyaksikan Menteri Wilayah Persekutuan itu akan menerajui KLFA bagi penggal 2019 hingga 2023.

Dengan perkembangan terkini itu, YB Khalid Abdul Samad bakal menggantikan ‘tampuk pemerintahan’ yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Adnan Md Ikhsan sejak 2014.

Dalam perkembangan yang sama menurut sumber portal Wilayahku, Khalid memberikan amaran bahawa KLFA tidak seharusnya dijadikan sebagai lubuk buat ahli jawatankuasa yang dilantik untuk memenuhi poket mereka sendiri.

“Tugas pengurusan dan exco yang dilantik adalah untuk mencari dana persatuan bagi pembangunan sukan bola sepak ini.”

“Kalau ada yang datang untuk cari duit atau mahu buat duit bagi kepentingan diri sendiri, maka disini bukanlah tempatnya,” ujar Khalid ketika berucap merasmikan Kongres KLFA ke-32.

“Semua mesti ada kesepakatan selain mengetepikan ideologi politik, maka pasukan ini pasti akan berjaya.”

“Kita juga mesti sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian peminat pasukan ini,” jelas YB Khalid lagi.

Kredit foto: Wilayahku

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN