Kemenangan menerusi sepakan penalti itu tiada memberi apa-apa kesan, sama ada buat Thailand mahupun Malaysia, hanya untuk tentukan finalis?
Berdasarkan perkongsian tentang kenyataan bek kiri Thailand, Theerathon Bumnathan, ada yang katakan yang Malaysia cuma catat keputusan seri.
Benarkah tidak memberi kesan? Langsung tidak penting? Menariknya, kemenangan menerusi sepakan penalti juga diambil kira oleh FIFA.
Thailand will take on Malaysia in the opening game of the King's Cup this year while Trinidad & Tobago will play Tajikistan.
The games will be played on 22 September 2022 while the second match day is on 26 September 2022#AFF#FAT
Graphic Courtesy #Changsuek pic.twitter.com/vu9mNurw7s— ASEAN Football (@AFFPresse) September 12, 2022
Pada awalnya memang kita jangkakan keputusan seri hanya memberi sedikit kesan kepada pertambahan mata untuk ranking FIFA. Harimau Malaya dijangka akan menokok 1.06 mata selepas terikat 1-1 dalam 90 minit permainan dan tentunya sukar untuk melihat kenaikkan ranking.
Malaysia ketika ini berada di tangga ke-148 dunia – sehingga Ogos 2022.
Jika menang ke atas Thailand, peluang untuk mendaki ranking agak baik dengan pertambahan 6.06 mata. Namun, ia dikecewakan di penghujung masa kecederaan apabila pertahanan, Pansa Hemviboon berhasil meledak gol selepas memperolehi sepakan percuma berhampiran kotak penalti.
ASEAN champions Thailand fell to a 5-3 loss in the penalty shootout to Malaysia in their opening game of the 48th King's Cup tonight in Chiang Mai.
Both teams were held to a 1-1 draw at the end of regulation. #AFF#FAT
Graphic Courtesy #Changsuek pic.twitter.com/QsvRuRNDPF— ASEAN Football (@AFFPresse) September 22, 2022
Keputusan seri menyaksikan tambahan mata dikatakan hanyalah 1.06.
Mungkin itulah puncanya ramai mengatakan, Thailand tak kecewa sangat apabila melakar keputusan seri. Kemenangan Malaysia tiada makna.
Mereka cuma kecewa apabila gagal melangkah ke final kejohanan anjuran mereka sendiri. Ia adalah edisi kedua berturut-turut ‘Gajah Perang’ gagal ke pentas akhir kejohanan King’s Cup selepas edisi 2019 – edisi terakhir sebelum Covid-19 melanda dunia. Thailand tewas 0-1 kepada Vietnam.
Ia menyaksikan kapten, Theerathon terpaksa memohon maaf kepada para penyokong atas kegagalan mereka tumbangkan Malaysia dan ke final.
King’s Cup yang memasuki edisi ke-48 penganjurannya adalah kejohanan berprestij anjuran mereka sejak 1968 – seumpama Pestabola Merdeka.
#OTD 28 November 1972, Malaysia captained by Namat Abdullah won their first ever King's Cup title after defeating Thailand 1-0 in the final. 19 years old Mokhtar Dahari scored his sixth international goals in this match.
📽️ Reuters#HariIniDalamSejarah #HarimauMalaya #Changsuek pic.twitter.com/EY0VQUro9z
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) November 28, 2020
Kembali kepada persoalan penting atau tidak kemenangan menerusi sepakan penalti ke atas Thailand dalam perlawanan pada Khamis lalu?
Berdasarkan perkongsian penulis di portal MakanBola, Ahmad Ridzuan, berdasarkan peraturan baru kiraan mata FIFA yang diperkenalkan pada tahun 2019, Malaysia mungkin boleh menokok mata sehingga 3.57 mata berdasarkan keputusan menentang Thailand di 700th Anniversary Stadium.
Ia adalah berdasarkan perkiraan mata ketika saingan di edisi 2019 yang menyaksikan finalis, Vietnam dan juara, Curacao terikat 1-1 dalam masa sebenar. Curacao menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dan menjulang kejuaraan kejohanan jemputan itu buat kali pertama.
“Vietnam dikira 0.5x, Curacao dikira 0.75x. Jadi, besar kemungkinan kita dapat 3.57 mata [0.75x] FIFA Ranking selepas menang PSO [penalti] dengan Thailand.”
Ahmad Ridzuan
Jadi, apa signifikasi kepada pandangan ini? Aksi berdepan Tajikistan juga boleh menghasilkan penambahan mata yang baik jika kita berjaya melakar satu keputusan yang positif, malam ini. Ia pertembungan yang penting.
Jika menang, tentunya 6.06 mata menanti Malaysia. Dan jika terikat seri, Harimau Malaya mampu menokok 3.57 mata jika menang sepakan penalti.
Untuk rekod, Malaysia pernah menang sekali dan tewas sekali berdepan Tajikistan. Malaysia menang 1-0 dalam aksi persahabatan pada November 2019 dan tewas 1-4, juga dalam aksi persahabatan pada Ogos 2014. Malaysia akan berdepan Tajikistan di final King’s Cup 2022, malam ini.