Liverpool FC dilaporkan berjaya memenangi kes mahkamah yang dibawa oleh syarikat pengeluar jersi, New Balance dan kini bebas untuk meneruskan perjanjian baharu bersama Nike.
Kelab Merseyside itu sebelum ini seperti terdesak untuk menamatkan segera kerjasama selama tujuh tahun bersama syarikat pengeluar barangan dan pakaian sukan yang berpengkalan di Amerika Syarikat tersebut.
BREAKING: “The claim from New Balance is dismissed" – Liverpool have won the case https://t.co/l1VjV5d0kd
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 25, 2019
Kontrak asal diantara New Balance dan Liverpool sepatutnya tamat pada Mei hadapan.
Namun syarikat tersebut berkata merea berhak untuk melanjutkan kontrak tersebut – seperti yang didakwa terkandung di dalam perjanjian – sebelum membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Liverpool bagaimanapun berjaya meyakinkan hakim, Justine Nigel Teare bahawa New Balance gagal memenuhi kriteria dengan menyamai tawaran yang diberikan Nike.
Liverpool FC has won its legal case against New Balance. It's expected that New Balance will now be replaced by Nike as Liverpool's kit supplier from the start of next season.
— BBC North West (@BBCNWT) October 25, 2019
Satu kenyataan bertulis daripada hakim akan dikeluarkan, namun bercakap di mahkamah pada hari ini beliau berkata:
“Atas sebab yang diberikan ketika pengadilan, maka tuntutan dari New Balance digugurkan.”
Liverpool dijangka akan meneruskan perjanjian selama lima tahun yang sudah dipersetujui secara lisan dengan Nike.
Nike dikhabarkan sudah berbelanja £6 juta untuk mereka jersi untuk juara Eropah enam kali itu.
New Balance dijangka tidak akan membuat sebarang rayuan terhadap keputusan mahkamah ini.