Ketika ditanyakan tentang kelibat Safawi Rasid ketika menang ke atas Sri Pahang FC, Benjamin Mora dengan nada berseloroh berkata, pemain itu perlu memotong rambut.
Ujarnya kepada media yang bertanya, “Ya, Safawi akhirnya kembali, dia cuma perlu potong rambut. Saya sangat gembira kerana dia tersisih agak lama. Dia sedang bekerja keras untuk mendapatkan semula permainan dan rentaknya.”
“Ketika ini, Arif [Aiman] mungkin penat setelah bermain dalam banyak perlawanan, jadi nampaknya saat ini, penggiliran pemain adalah yang terbaik,” jelas Benjamin Mora lagi.
Kali terakhir Safawi Rasid bermain adalah ketika menang 4-0 ke atas UiTM FC, kira-kira sebulan yang lalu. Itupun beliau hanya sempat beraksi tidak sampai 10 minit apabila telah mengalami kecederaan yang memaksa beliau untuk dikeluarkan.
Liga Super: JDT Tambah Derita Sri Pahang https://t.co/iRxR0HBrkT
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 16, 2021
Dalam kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC malam tadi, kelibat Safawi Rasid telah mencuri perhatian semula apabila dimasukkan di minit ke-70 untuk menggantikan pemain yang masuk menggantikannya di Stadium UiTM, Arif Aiman.
Ia malam yang kurang enak jika dilihat kepada keputusan perlawanan kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) seharusnya sentiasa menang dengan jurang yang lebih besar.
Begitupun, kemenangan tetap kemenangan dan mereka tampak terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super dengan 23 mata, lima mata di depan Terengganu FC yang turut merekodkan tiga mata dalam satu lagi aksi liga di Gong Badak.
Bercakap tentang tiga mata yang tidak mudah untuk diraih skuad Harimau Selatan pada malam tadi, Benjamin Mora berkata, “Saya rasa perlawanan mudah bukan perkataan yang sesuai. Saya rasa yang sesuai adalah [kami perlu] bermain lebih baik.”
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS9#LigaSuper2021 pic.twitter.com/f1yjRG561X
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 16, 2021
“Kami sepatutnya bermain lebih baik. Kami juga sepatutnya lebih agresif dan membuat kombinasi permainan yang lebih baik, namun sepertinya ia kurang menjadi dan pemain telah mencuba. Mungkin beberapa faktor lain menjejaskan sedikit rentak kami.
“Sebagai jurulatih, kemahuan saya adalah untuk pasukan menjadi yang terbaik setiap masa. Tetapi, ada masanya kita tidak dapat menjaringkan empat atau lima gol kerana adakalanya lawan bermain dengan baik. Pahang adalah lawan yang sukar,” ujarnya lagi.
“Namun, akhirnya, tiga mata berharga dan tidak dibolosi sangat penting buat kami untuk mengekalkan kedudukan kami di puncak liga,” jelas Benjamin Mora lagi.
Selepas sembilan aksi, JDT gagal dibolosi dalam enam aksi dan hanya Selangor FC, Perak FC dan Sabah FC yang berjaya menewaskan Farizal Marlias di gawang.
KREDIT FEATURED IMAGE: JST
Baca lagi artikel lain mengenai Safawi Rasid dan JDT:
Mungkinkah Safawi Rasid Tempuhi Apa Yang Diceritakan Hidetoshi Nakata Ini?
JDT Boleh Ambil Risiko Letak Safawi Rasid Di Bangku Simpanan Berdepan Kedah?