Kemenangan berharga JDT ke atas PKNS FC membolehkan mereka terus kekal di tangga teratas.
Dengan 2 lagi pasukan 3 teratas, Pahang dan Kedah yang keciciran mata, kemenangan JDT ini sudah pastinya sangat penting.
JDT kini menjarakkan diri 3 mata dengan Pahang dan 4 mata dengan pasukan Kedah.
PKNS terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-33 menerusi Bobby Gonzales. Namun malangnya 2 minit selepas itu pemain PKNS Matias Hadwa tertampan bola ke gawang sendiri.
Jaringan kemenangan JDT adalah menerusi kapten Safiq Rahim. Ianya menerusi sepakan penalti pada minit ke-55.
JDT berjaya mempertahankan kelebihan 1 gol sehingga tamat perlawanan untuk menang 2-1.
Impak keputusan
JDT kini menjadi pasukan kedua paling produktif dalam Liga Super dengan 25 gol. Hanya Pahang yang menjaringkan gol lebih banyak dengan 26 gol.
JDT turut menjadi pasukan yang paling kental bertahan dengan hanya dibolosi 9 kali dalam 10 perlawanan.
JDT telah menang 6 perlawanan terakhir mereka selepas kekalahan 2-1 di tangan Perak. JDT masih tidak tewas dalam 51 perlawanan terakhir mereka sejak 2013 di Larkin.
Untuk PKNS FC pula, ini adalah kekalahan ke-4 mereka musim ini. PKNS FC gagal menang dalam 5 perlawanan Liga Super terakhir dan 6 perlawanan dalam semua pertandingan.
PKNS kini menghuni tangga ke-9.
Seterusnya
JDT akan berkunjung ke Batu Kawan menentang Pulau Pinang. Manakala PKNS FC akan berhadapan dengan Melaka United di Stadium Hang Jebat.
Baca juga: Hatrik Nor Hakim Hassan Bantu T-Team Tewaskan Kedah 5-0