Memphis Depay Yang Masih Gagal Menjadi The Flying Dutchman

Istilah The Flying Dutchman biasanya label untuk pemain sayap yang prolifik dari Belanda. Negara yang terkenal dengan pemain sayap yang laju dan prolifik.

Label ini antara simbol kebanggaan seorang pemain sayap The Oranje! Memphis Depay antara pemain yang mulai dikaitkan dengan gelaran itu pada usia muda.

Prospek Yang Menjadi Rebutan

Memphis Depay menjadi rebutan banyak kelab besar Eropah sebelum persaingan itu dimenangi Manchester United. United membayar £25 juta untuk pemain sayap ini.

United dilaporkan menewaskan Liverpool mungkin kerana faktor Van Gaal. Ini kerana beberapa laporan sebelum ini melaporkan Liverpool sangat hampir mendapatkan Depay.

£25 juta dilaporkan media sebagai harga lelong untuk pemain yang menjadi penjaring gol yang konsisten sebagai penyerang sayap.

depay2

Beliau juga disenarai sebagai pakar bola mati di Eropah dengan kemampuan beliau. Namun pada hari ini beliau hanyalah pemain yang dikaitkan dengan pintu keluar pada Januari ini.

Relevan Pembelian Depay

Ia adalah pembelian kerana sistem. Louis Van Gaal mahu membangunkan sistem Van Gaal dengan bek bertiga seperti yang beliau lakukan dengan pasukan kebangsaan Belanda.

Selain Depay, Van Gaal sebelum mendapatkan seorang lagi bek sayap, Matteo Darmian dari Itali. Untuk Depay, beliau boleh bermain sama ada bek sayap ataupun penyerang sayap.

Beliau pantas diberikan sebagai pemain sayap paling mengujakan sejak Arjen Robben.

dp1

Depay dianggap pilihan terbaik untuk menggantikan Angel Di Maria yang dilepaskan ke PSG selepas gagal menyerlah di Old Trafford.

Depay memiliki rekod 27 gol sebagai penyerang sayap pada musim 2014/15 untuk PSV Eindhoven.

during the Barclays Premier League match between Manchester United and Aston Villa at Old Trafford on April 16, 2016 in Manchester, England.
during the Barclays Premier League match between Manchester United and Aston Villa at Old Trafford on April 16, 2016 in Manchester, England.

Berikut adalah 5 sebab kenapa beliau sukar di Manchester United.

1. Tekanan

Sejak awal dia menyertai United, harapan ke atas Depay agak tinggi. Ada yang menganggap Depay adalah pengganti kepada Ronaldo dengan rekod yang dibawa beliau.

No.7 adalah jersi keramat kepada simbol kemegahan United sejak era Eric Cantona, Beckham dan juga Cristiano Ronaldo.

Tekanan daripada penyokong dan media England membuatkan mereka lupa bahawa Memphis Depay masih dalam proses pembangunan bukannya sebuah artikel lengkap.

Musim pertama di United, Depay bergelut dengan prestasi dan hanya menjaringan 5 gol daripada 23 penampilan berbanding dengan 22 gol daripada 36 penampilan.

2. Media England

Setiap kali Depay beraksi, beliau diberikan perhatian terlalu dekat oleh media di England. Apabila beliau gagal beraksi baik, media menghentam seolah-olah beliau adalah pemain ‘marquee’ yang bernilai £50 juta.

depay

Hal ini memang kerap terjadi kepada pemain bukan Inggeris yang beraksi di EPL. Dari era Diego Forlan, Veron hinggalah ke Luis Suarez.

Tidak ramai yang mampu mengatasi tekanan secara mental oleh media Inggeris seperti yang dilakukan Luis Suarez.

Mereka menjadi hentaman dan kecaman media di Inggeris dengan teruk berbanding dengan layanan kepada pemain-pemain Inggeris.

Agak tidak adil untuk Depay kerana dia adalah bakat muda yang patut diberikan ruang untuk membangunkan bakat.

3. Adaptasi

Ini merupakan perkara yang paling mustahak untuk mana-mana pemain yang menukar suasana mereka ke liga yang berlainan.

Depay dalam kategori yang lambat. Beliau ada DNA pemain sayap Belanda sejati. Itu yang berlaku kepada Arjen Robben dahulu.

Van Persie lebih bertuah kerana kemampuan beliau untuk bermain lebih dari satu posisi dan dibangunkan dari asal bola sepak Inggeris.

Dengan konflik sistem dan taktikal Van Gaal yang sukar untuk diterapkan dalam pasukan ber-DNA 4-4-2 United, Depay terpaksa bermain sebagai pemain sayap yang sebenar bukannya penyerang sayap.

Apabila bermain sebagai pemain sayap dalam sistem yang lebih konvensional memerlukan dia ada kemampuan bertahan. Dari segi aspek bertahan Depay agak lemah walaupun dia boleh bermain bek sayap.

Depay ada masalah untuk bertahan dalam unit. Seterusnya adalah kecenderungan untuk memberikan servis kepada penyerang utama.

Sebagai penyerang sayap ber-DNA Belanda, beliau lebih cenderung untuk menggelecek masuk ke dalam kotak penalti.

Cara beliau bermain membuatkan Depay sedang bermain penyerang sayap dalam asas pemain sayap konvensional. Ia adalah pendekatan yang salah dalam peranan sepatutnya.

4. Motivasi

Adaptasi ini semakin bermasalah apabila Depay dilihat semakin hilang motivasi kerana tekanan. Beliau gagal memberikan aksi terbaik.

Hasilnya, beliau gagal mendapat tempat di dalam pasukan utama. Jelas sekali beliau ada masalah dengan keyakinan diri sejak akhir-akhir ini.

Adakah beliau tidak diberikan minit yang cukup di United?

Depay menjadi pemain pilihan utama pada awal karier beliau di United. Beliau boleh dikatakan bermula dengan baik.

Data Whoscored menunjukkan walaupun beliau muncul 23 kali dengan 15 kali dari penampilan dari bangku simpanan namun beliau diberikan minit yang boleh dikira agak baik dengan 1,478 minit.

5. Peranan Dalam Pasukan

Salah satu aspek yang membawa kepada aksi cemerlang Depay di PSV Eindhoven adalah peranan beliau yang lebih dominan di dalam pasukan.

depay

Depay lebih bebas dan menjadi pemain penting dalam pasukan. Dalam erti kata lain, beliau adalah bintang ketika di sana.

Ketika di United, beliau gagal mendapat status tersebut. Beliau sendiri sukar untuk menjadi pemain utama dalam pasukan United.

Apa Selepas Ini?

Dengan sistem semasa Manchester United, Depay kelihatan masih sukar untuk menjadi pemain kedua sekalipun. Adakah Memphis Depay akan mampu bangkit selepas ini?

Baca juga : Pemain Bundesliga & La Liga Paling Rajin Menyerang, Lionel Messi Mendahului Senarai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN