Kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 baru sahaja berakhir. Harimau Malaya akhirnya menamatkan saingan di kedudukan ke-3 kumpulan G di belakang UAE dan Vietnam serta mendapat slot bermain di pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 pada November.
Persiapan pasukan dan isu pemilihan pemain
Tidak banyak yang boleh diulas mengenai persiapan skuad kebangsaan dalam menyambung kembali kempen yang tertangguh ini angkara pandemik durjana Covid 19.
Dengan meriahnya kes covid di negara kita, persiapan skuad kebangsaan jelas terganggu akibat pelepasan untuk berkumpul serta menjalani latihan seringkali menjadi batu penghalang dek kerana SOP yang sering berubah-ubah berdasarkan keadaan kes covid semasa di Malaysia.
Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Dibatalkan Susulan Pengumuman PKP https://t.co/CwjTdutbMp pic.twitter.com/dzKHZwqWNT
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 12, 2021
Harimau Malaya hanya sempat berkumpul dan menjalani latihan pusat sekali sahaja selama tujuh hari di pusat latihan kelab JDT pada bulan Mac. Seharusnya kem latihan pusat tersebut dijadualkan selama sembilan hari namun ianya disingkatkan kepada hanya tujuh hari setelah diskusi barisan kejurulatihan.
Memetik kata Tan Cheng Hoe, “Pemain menunjukkan reaksi yang baik walaupun lebih setahun tidak berkumpul bersama dan mereka juga menunjukkan komitmen yang tinggi.
Saya dapat melihat banyak perkara positif dalam pasukan terutamanya pemain baru yang cepat menyesuaikan diri serta bekerjasama sebagai satu pasukan. Dengan pelepasan awal ini juga, pemain akan dapat rehat secukupnya dan bersedia untuk kembali menyambung aksi Liga Super bersama kelab masing-masing.”
Kem latihan pusat yang kedua pula bermula pada 16 Mei hingga 19 Mei di Stadium Nasional sebelum skuad kebangsaan terbang ke Dubai pada 20 Mei.
Hari Keempat Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Di Kuala Lumpur
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi latihan hari keempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pagi tadi.
Lagi gambar di https://t.co/xmvadfDeep#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Aco90QiHdo
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 19, 2021
Harimau Malaya mengharungi perlawanan persahabatan menentang Kuwait pada 23 Mei sebelum menempuhi satu lagi perlawanan persahabatan (tier 1) menentang pasukan Bahrain pada 28 Mei.
Dua perlawanan persahabatan ini digunakan Cheng Hoe untuk membina keserasian antara para pemain dan mencari kesebelasan terbaik untuk bertemu UAE pada 3 Jun.
Pemain berdarah kacukan, Dion Cools menyertai skuad negara pada 1 Jun dan beliau terus bermain menentang UAE di posisi pertahanan tengah, posisi yang bukan menjadi posisi regular beliau di FC Mitjylland. Sudah terbayang bukan? Betapa cacamarbanya persiapan skuad Harimau Malaya kali ini?
Isu pemilihan pemain Cheng Hoe juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan peminat dan juga pemerhati bola sepak tanah air. Cheng Hoe memilih membawa pemain-pemain yang kurang minit permainan di Liga Super dan juga pemain yang baru pulih daripada kecederaan.
Nama-nama seperti Safawi, Sumareh, Akhyar, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty dan Nazmi Faiz dipersoalkan keberadaan mereka dalam skuad kali ini. Apakah kerana mereka semua pemain JDT yang kini beraksi cemerlang di Liga Super, maka mereka dipilih?
'Baik Panggil Khalid Ali' – Penyokong Kecewa Cheng Hoe Masih Pilih Akhyar Rashid Mewakili Negara https://t.co/zrEURKlPpO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 10, 2021
Harus kita fahami, ada antara mereka yang sangat kurang minit permainan dengan JDT dan ada juga yang masih tercari-cari tahap permainan lama setelah pulih daripada kecederaan.
Andainya benar ingin memilih pemain-pemain Harimau Selatan, pilihlah pemain yang bermain setiap minggu di Liga Super. Di mana Natxo Insa? Di mana Afiq Fazail? Brendan Gan dan Syahmi Safari juga antara pemain yang masih belum mencapai tahap sebenar mereka tetapi masih dapat call up.
Benar, nama-nama yang kurang minit permainan ini serta yang masih tercari-cari rentak ini pernah bermain di bawah Cheng Hoe dan pernah juga menghadirkan keputusan cemerlang bagi skuad negara pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada tahun 2019 yang lalu.
Apakah atas dasar percaya dan dasar intuisi sahaja Cheng Hoe tetap ingin menggunakan khidmat mereka? Di zaman statistik dan sains sukan yang memaparkan data serta prestasi semasa ini, saya kira frasa “saya lebih kenal pemain saya” sudah tidak relevan lagi.
Banyak peminat mempersoalkan – di mana nama-nama seperti Arif Fadzillah, (bek kiri yang beraksi cemerlang bersama Terengganu, yang boleh menggantikan Corbin Ong andai Corbin cedera atau menjalani penggantungan perlawanan. Cheng Hoe hanya punya Corbin sebagai bek kiri tanpa ada back up sejati di posisi itu).
Bagaiana pula dengan Faisal Halim, Al Hafiz Harun dan Hakimi Abdullah? Mereka semua bermain hampir setiap minggu dalam saingan Liga Super.
📸 | Al Hafiz Harun scoring and celebrating his goal!
(Pic by @fa_penang FB)#HariaPenangHaria #LigaSuper2021 pic.twitter.com/f2jPDNL482— FC Penang (@FCPenang) March 21, 2021
Akhirnya kekhuatiran kita semua terjadi apabila Corbin digantung perlawanan dan tidak dapat beraksi pada perlawanan terakhir menentang Thailand. Cheng Hoe terpaksa menggunakan khidmat Syahmi di posisi tersebut sebagai ‘bidan terjun’.
Menurut Syahmi; dia tiada masalah bermain di posisi itu dan pernah beberapa kali diuji cuba di posisi itu. Awal pagi tadi kita semua menonton dan mengetahui hasilnya – hampir tiada larian overlap daripada Syahmi dan sifar hantaran lintang dari bahagian itu.
Syahmi nampak agak kekok dan mungkin Thailand sudah mengkaji ketiadaan pengganti Corbin yang secara natural bermain di posisi bek kiri sehingga mereka mengasak-menyerang dari situ.
Pada penghujung perlawanan, Syahmi mengalami kekejangan lalu dibawa keluar dan digantikan dengan Rizal Ghazali – seorang lagi pemain bek kanan. Rizal bertukar posisi dengan Matt Davies dan Matt Davies pula bermain di kiri. Serabut, bukan? Alangkah baiknya jika ada seorang lagi natural left back dalam pasukan.
Siapakah yang anda rasa mampu mengambil alih tugas Corbin Ong di posisi bek kiri? 🐯🇲🇾🔥
A. De Paula
B. Syahmi Safari
C. Mat Don
D. Admin pic.twitter.com/PLCkKUei53— theborakfootball (@tbfbola) June 14, 2021
Satu lagi persoalan tentang persiapan skuad negara adalah – mengapa Cheng Hoe tidak membawa lebih ramai pemain ke Dubai? Di kala FIFA tidak mengehadkan jumlah pemain yang boleh di bawa ke Dubai untuk pusingan kelayakan kali ini.
Perkara ini pernah disentuh dalam artikel – Intipati Menarik Diskusi Clubhouse “Andai Saya TCH” Yang Perlu Anda Tahu (admin tolong letak link ya). Bacalah di situ dan anda akan mengerti mengapa antara perkara yang memantapkan persiapan skuad negara adalah dengan membawa lebih ramai pemain.
Ketumpulan Jentera Serangan
Tiga perlawanan kelayakan dan dua perlawanan persahabatan. Daripada lima perlawanan tersebut kita hanya menjaringkan 3 gol (2 penalti dan 1 gol padang ketika menentang Kuwait). Usah fikir dulu soal bolos kerana ia berhubungkait rapat dengan soal kita bermain.
Perlu satu artikel khas yang panjang lebar untuk kita membahas perkara tersebut. Sejak bersambungnya kempen ini, jentera serangan kita sepertinya buntu benar untuk menyerang dan menembusi benteng pertahanan lawan. Kita seolah-olah punya satu sahaja cara menyerang iaitu dengan menggunakan hantaran lintang.
Hanya dalam perlawanan terakhir menentang Thailand baru kita nampak adanya permainan kombinasi di half space, adanya rembatan jarak jauh yang on target, ada link up play antara pemain no.9 dengan pemain di sekitar beliau dan juga sudah tentulah adanya gerakan hantaran lintang mencari penyerang di dalam kotak penalti (itu kan sudah jadi trademark dan gaya serangan kegemaran skuad Harimau Malaya).
Akmal Rizal, Hai-O Mahu Syafiq Ahmad Sebagai 'Pembantu' De Paula https://t.co/hgdjIo1FZW
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 9, 2021
Saya berpendapat, kegagalan kita memvariasikan bentuk serta gaya serangan kita salah satu faktornya adalah kerana ketakutan. Ya, ketakutan. Pemain kita sepertinya terlalu takut untuk drive forward, terlalu takut untuk kehilangan bola kemudian diserang balik, terlalu takut untuk melakukan hantaran penetrative pass atau line breaking pass.
Pemain kita selesa dengan sideway pass yang mengakibatkan serangan kita kebanyakannya melalui hantaran lintang. Pemain pivot kita (tidak kira siapa) lebih gemar untuk melakukan back pass ketika pemain lawan mula mendekat untuk pressing dan juga tidak berani langsung mengambil risiko untuk melepaskan forward pass between the line atau drive forward to the free space between the line.
Saya faham lagi mengerti, risikonya sangat besar jika bola dirampas. Solusinya cuma satu – jangan biarkan bola itu dirampas lawan. Gunakan apa sahaja cara untuk mengekalkan penguasaan bola sambil mencari ruang untuk bergerak ke hadapan dan menyerang.
Pernahkah anda menonton video di mana Pep Guardiola ‘naik gila’ hanya kerana Arturo Vidal melakukan back pass ketika beliau sudah berada between the line (garisan antara penyerang dengan pemain tengah pasukan lawan) dan terdapatnya ruang yang besar di hadapan beliau untuk beliau attack ruang tersebut dan membawa bola ke ruang tersebut lantas memulakan serangan?
Begitulah betapa pentingnya keyakinan dan keberanian untuk mencipta gerakan serangan bermula dari kawasan sendiri. Bagaimana kita ingin menyerang jika kita asyik dan selesa melakukan back pass sedangkan kita sudahpun berada between the line.
Cuba attack ruang kosong di hadapan. Jika tidak lepas, baru patah balik. Jangan kita tidak berani langsung ambil risiko untuk menyerang ruang tersebut atau melakukan hantaran ke hadapan.
Jika tanya saya; apa yang perlu dilakukan untuk memantapkan serangan Harimau Malaya? Cadangan saya adalah dengan mengambil attacking coach yang berkaliber. Saya tidak pasti; adakah skuad negara sekarang sudahpun menggunakan khidmat attacking coach. Tetapi jika belum, eloklah sekiranya kira mengambil attacking coach untuk Harimau Malaya.
Masih Wajarkah Safawi Rasid & Sumareh Berada Dalam XI Malaysia Berdepan Thailand? https://t.co/HzUwPE1bAp
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 12, 2021
Jawatan attacking coach ini sememangnya ada dan banyak pasukan negara serta kelab menggunakan khidmat attacking coach ini untuk memantapkan serangan pasukan. Sudah ada perbincangan tentang kedudukan Cheng Hoe sebagai jurulatih.
Nidzam Jamil dan Stanley Bernard ketika sesi perbincangan dengan Hafizal Hamad selepas perlawanan menentang Thailand berkata Tan Cheng Hoe patut dikekalkan. Saya turut bersetuju dengan mereka cuma itu sahaja, jika ada penambahbaikan untuk Harimau Malaya; maka saya mencadangkan jurulatih serangan.
Mentaliti naturalisasi
Ini bahagian paling lucu sebenarnya. Di era bola sepak moden kini, saya kira kita tidak dapat lihat lagi pemain yang ‘pecah mental’ atau ‘koyak’ ketika pasukannya ketinggalan serta tidak bermain baik hingga ‘memangkah’ kaki pemain lawan.
pemain yang menghabiskan air dalam botol minuman dengan beriya menggengam-menggoncangkannya dan merenjiskan air pada kamera setelah menjaringkan gol serta berteriak histeris umpama meledak gol kemenangan di Piala Dunia.
“Paling laju dia lari setakat ni” @zulhelmizainal1 bincang impak De Paula dalam game lawan Vietnam semalam dengan @iirfan_ali & @alice_harun #nadiweekend #harimaumalaya pic.twitter.com/zluXvFFLqz
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 12, 2021
Dek hanya kerana peminat-peminat bersuara tentang gaya permainannya yang tidak memberikan impak pada pasukan. Apa sebenarnya yang ingin dibuktikan oleh pemain-pemain ini?
Hey! Muhasabah diri anda wahai pemain-pemain yang saya sebutkan tanpa menuliskan nama mereka ini (maafkan saya kerana saya emosi seperti mereka ketika pada hari perlawanan). Sudah banyak buah pendapat dan juga buah fikiran tentang pemain-pemain naturalisasi ini. Tepuk dada, tanya selera. Apakah mereka lebih baik ada atau tiada?
Penutup
Sudah bertiup kencang khabar angin bahawa pemilik kelab JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) menawarkan diri beliau kepada presiden FAM untuk menguruskan skuad Harimau Malaya.
Saya kurang pasti juga konteks ‘menguruskan’ di sini bagaimana sebenarnya. Tetapi TMJ ada menyentuh beberapa perkara termasuk menyediakan fasiliti latihan serta jurulatih terbaik untuk Harimau Malaya, berhati-hati dalam projek naturalisasi pada masa hadapan, nilai eksklusif para pemain dengan tidak terlalu expose di media sosial peribadi mereka dan juga mentaliti kemenangan serta bermain sepenuh hati untuk negara yang perlu dipertajam.
TMJ tawar diri bantu skuad Harimau Malaya
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ingin memikul tugas dalam skuad Harimau Malaya bagi membawa pasukan bola sepak kebangsaan itu mencapai..https://t.co/WBXZTCJXL1 pic.twitter.com/8mZnxvUfE3
— JohorKini (@myjohorkini) June 15, 2021
Jika benar TMJ ingin menguruskan Harimau Malaya dalam masa terdekat (bererti sebelum kita menghadapi pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 pada November nanti), saya harap benar TMJ dapat menguruskan skuad kebangsaan dengan baik termasuklah mengambil kira perkara yang saya nyatakan di atas iaitu isu persediaan pasukan dan juga mungkin dengan menambahkan jurulatih serangan buat pasukan negara (kerana TMJ ada menyatakan ingin menyediakan jurulatih terbaik buat Harimau Malaya).
Sekian postmortem saya kali ini. Jumpa lagi November nanti!
Mohd Muqaddim Mohd Alias merupakan jejaka kacak yang tak pernah gagal mengikuti perkembangan skuad kebangsaan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:
“Ayuh Lakukan Demi Coach Tan” – Harimau Malaya Sedia Gempur Vietnam