Shamie Iszuan yang mempamerkan aksi cemerlang pada saingan Piala AFF lalu bersama skuad kebangsaan terpaksa melupakan seketika saingan Liga Super musim ini kerana dihantui kecederaan.
Buat pertama kali menyertai Sri Pahang, tampak segalanya tidak begitu baik buat pemain ini kerana tidak sempat untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan rasmi kerana isu kecederaan tersebut yang disifatkan teruk.
Tambahan pula, Shamie sendiri mengakui beliau ketika ini sangat terkilan kerana tidak dapat membantu Sri Pahang dalam saingan Liga Super yang sudah pun memasuki minggu kelima.
Selamat datang Nur Shamie Iszuan ke Darulmakmur!
Kelab berbesar hati mengumumkan telah mengikat pemain sayap kanan dari Kuching ini dengan kontrak dua tahun. pic.twitter.com/lxnEmRE8hu
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 17, 2023
Selain itu, bekas penyerang Sarawak United ini juga mengharapkan ia musim pertama untuk beliau tampil dengan prestasi terbaik bagi membantu Sri Pahang dalam saingan Liga Super, sebelum isu kecederaan menghantuinya.
“Memang terkilan kerana kecederaan yang dialami ini ketika berbaki tiga hari sebelum saingan Liga Super bermula. Tetapi saya percaya kecederaan ini akan segera sembuh dan dapat kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan bulan depan.
“Saya juga tidak sabar bersama rakan sepasukan kerana tidak menjangkakan akan mengalami kecederaan yang memerlukan tempoh rehat panjang,” kata pemain kelahiran Kuching, Sarawak itu menerusi Arena Metro.
Untuk rekod, Shamie mengalami kecederaan ketika pramusim lalu dalam satu aksi persahabatan ketika Sri Pahang menentang PDRM.
Disebabkan kecederaan tersebut, Shamie terpaksa melupakan seketika hasrat beliau untuk membantu Sri Pahang dalam saingan liga sehingga pemain tersebut kembali sembuh.
Selain beliau, Sri Pahang juga kehilangan seorang lagi pemain serangan mereka disebabkan masalah kecederaan juga iaitu Lucas da Silva.
Shamie menjadi pemain terbaharu musim ini menyertai Sri Pahang dan menjadi salah seorang diberi tumpuan ramai, ekoran aksi konsistennya musim lalu bersama Sarawak United sehingga mendapat perhatian Kim Pan-gon untuk skuad negara.
Walaubagaimana pun, Lucas ketika ini sudah pun mula turun dalam sesi latihan dan dijangka bakal kembali memperkuatkan Sri Pahang untuk aksi seterusnya berdepan Kedah Darul Aman (Kedah).
86’ GOL | Nur Shamie Iszuan Amin merapatkan kedudukan.@nsfc1923 3-2 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/C1Gffqj1dm
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 9, 2022
Menerusi carta liga, Sri Pahang tampil cemerlang dalam lima perlawanan selepas mereka masih belum mencatat sebarang kekalahan dan kini berada di tangga kelima untuk mengumpul sembilan mata secara keseluruhan.